8 TRIK GAYA harus cuba

AKSESORI RONA TERANG
Jika anda pencinta busana dengan rona-rona natural seperti hitam, putih, kelabu, navy dan coklat gelap termasuk pilihan warna yang sama untuk kasut dan beg, seimbangkan dengan aksesori pelengkap dengan warna lebih terang seperti merah, kuning, hijau muda mahupun merah jambu.

SUAI PADAN KASUT DAN SELUAR
Ramai wanita selalu berhadapan dengan masalah memadankan kepanjangan seluar, skirt atau kain dengan ketinggian kasut mereka. Pastikan jika anda memilih untuk memakai kasut tumit tinggi mahupun tumit rata, ia perlu bersesuaian dengan panjang seluar dan ketinggian kasut.

BEG TALI HALUS
Melangkah dengan tampilan kasual sambil sebelah bahu menyandang beg tangan bertali halus. Cukup sempurna untuk ke majlis koktel atau hi-tea.

RANTAI BERLAPIS
Sesekali tampil dengan penggayaan yang sedikit menonjol. Contohnya pakai rantai yang berlapis atau kontra yang dapat menimbulkan statement pada keseluruhan penampilan.

SEPATU NUDE
Bila anda tidak pasti kasut warna apa yang hendak dipakai, pilihlah rona nude sebagai penyelamat segala situasi.

JALUR DAN DENIM
Baju dengan corak jalur melintang juga mampu menjadi tarikan jika dipadankan dengan denim untuk menemani hari santaimu bersama teman-teman.

GABUNGAN CORAK
Untuk tampil lebih menyerlah, gayakan pakaian yang menggabungkan dua corak yang sama atau berbeza, berlainan saiz dan warna.

ELEMEN PUTIH
Tidak dapat dinafikan putih adalah warna yang mampu memberi injeksi tenang, santai, suci dan sederhana buat si pemakai. Beri suntikan putih dalam gayamu untuk cipta impak tersendiri.