5 TIP PENUNGGANG BAHARU

  1. Pilih pelatih yang berpengalaman dan tempat ekuin yang menjaga kebajikan kuda.
  2. Perlu sabar dan sanggup beri komitmen dari segi masa ketika mula belajar menunggang.
  3. Buat kajian harga kelas menunggang di beberapa lokasi. Tak semuanya mahal. Apapun ianya bergantung kepada bajet anda.
  4. Jika takut dengan kuda, jangan paksa diri untuk terus belajar menunggang. Kenali dahulu kuda dengan pergi ke tempat-tempat yang menyediakan aktiviti petting horse.
  5. Cari kawan-kawan yang mahu belajar menunggang kuda supaya anda lebih bersemangat dan seronok

PANTANG LARANG AKTIVITI BERKUDA

  • DO’S
  1. Pakai pakaian bersesuaian dan kasut yang direka khas untuk aktiviti menunggang kuda.
  2. Patuh arahan pelatih ketika kelas dijalankan. Ini dapat membantu mengurangkan risiko jatuh.
  3. Sentiasa fokus dan alert dengan body language kuda. Ia dapat menunjukkan sama ada kuda itu tidak selesa, sakit, takut, marah atau sebagainya .
  4. Periksa peralatan berada dalam keadaan baik sebelum menunggang. Biasanya pelatih akan mengajar bagaimana cara untuk periksa pelana kuda dan sebagainya.
  5. Bersedia dengan kemungkinan untuk jatuh kuda. Setiap penunggang biasanya akan mengalami pengalaman tersebut. Ada teknik-teknik yang dapat mengelakkan risiko kecederaan.
  • DON’TS
  1. Memakai selipar atau kasut tidak bertutup ketika menunggang.
  2. Memakai aksesori seperti gelang atau cincin ketika menunggang.
  3. Tidak memakai helmet ketika menunggang walaupun kuda itu karakternya sangat baik. Safety first!
  4. Memakai gaya hijab yang loose. Sebaiknya pakai gaya hijab yang kemas atau dikhaskan untuk bersukan supaya lebih selesa dan selamat.
Categories: Gaya Hidup