SMOOTHIES adalah cara terbaik dan paling mudah untuk tubuh mendapatkan vitamin, mineral, fiber dan protein yang mana sesetengah daripada kita agak sukar untuk mengambilnya dalam jumlah yang besar.

CUBA anda bayangkan bagaimana anda perlu menghabiskan sebatang lobak, segenggam kale, separuh batang timun dan sesudu besar flaxseed? Tentu anda tak sanggup bukan? Smoothies adalah penyelesaiannya. Hanya campak sahaja ke dalam pengisar anda sudah sedia untuk rasa kenyang dan cantik.

Kalau anda nak tahu smoothies bowl kian menjadi trend popular di Instagram kerana ia bukan sahaja cantik dipandang, malah ia penuh dengan khasiat yang diperlukan tubuh. Smoothies juga antara kaedah terbaik untuk proses detox mahupun menurunkan berat badan kerana bahan-bahan yang sering digunakan dalam smoothies kebanyakannya terdiri daripada superfood.

Ia juga menjadikan tubuh lebih sihat, bertenaga, mencantikkan kulit, dapat memperbaiki sistem pencernaan dan banyak lagi.

Tidak sukar untuk membuatnya yang penting anda tahu bagaimana untuk menggabungkan rasa yang anda suka menjadi sajian yang enak lagi berkhasiat. Ia juga boleh diambil pada bila-bila masa yang anda inginkan sebagai gentian kepada hidangan utama anda. Berikut adalah langkah mudah bagaimana untuk menghasilkan smoothies bowl yang sempurna:

  1. Pilih cecair asas mengikut selera atau program diet anda contohnya almond milk, susu soya, air kelapa, jus lobak merah, yogurt, jus oren, jus delima dan lain-lain.
  2. Pilih sayuran anda contohnya bayam, kale, lobak merah, timun, batang saderi dan lain-lain.
  3. Pilih buah-buahan contohnya strawberi, blueberry, pisang, mangga, nenas, oren, kiwi, epal, kurma dan lain-lain.
  4. Tambah sedikit lemak seperti almond butter, coconut oil, flaxseed oil, avocado dan kekacang seperti pecan dan cashew nut.
  5. Masukkan agen pemekat seperti yogurt, chia seed, gelatin, oat, protein powder dan lain-lain.
  6. Tambahkan perasa seperti lemon, lime, halia, kunyit, mint, vanilla, kayu manis, madu, coco powder dan lain-lain.
  7. Ais sekiranya perlu. Jika anda menggunakan buah-buahan yang telah disejukbeku tidak perlu lagi menambah ais pada smoothies anda.
Categories: Cantik & Sihat