• Sebab utama anda menjadi model muslimah?

Sebenarnya tak terfikir pun untuk jadi model. Pada mulanya sekadar minat dan perasaan ingin mencuba nasib, tetapi Alhamdulillah rezeki membawa saya smpai ke tahap ini.

  • Dalam satu hari, berapa jam anda habiskan masa untuk photoshoot, tidur dan make up?

Dari pagi hingga malam, lebih dari 8 jam untuk photoshoot dan make up, tak termasuk jadual kelas dan assignment lagi. Hanya dapat tidur selalu dalam 3 hingga 4 jam sahaja.

  • Anda obses dan alergik kepada ?

Obses dengan  trend fesyen dunia semasa dan alergik dengan makanan laut.

  • Apakah tiga situasi yang boleh mempengaruhi mood anda?

– Marah : bila pemandu kereta tidak memberi signal dan suka memotong sesuka hati.

– Sedih : bila terlalu rindu bole buat sampai menangis secara tiba tiba.

– Ketawa: bila jumpa lepak dengan kawan satu kepala, sporting dan gila-gila.

  • Definisi cantik bagi anda ialah?

   Haruslah ada self confidence dan mempunya budi bicara yang baik.

  • Jika anda diberikan wang RM100 ribu, apa yang akan anda lakukan dengan wang tersebut?

Semestinya pertama sekali saya akan berikan keutamaan kepada keperluan keluarga dahulu. Seterusnya menjadi  impian saya untuk membawa ibu dan ayah menunaikan ibadah Haji.

Dian Farra kini melakar nama dalam bidang modeling

PROFIL

Nama penuh: Nur Farahaida Mohamad Azman
Nama pentas: Dian Farra
Tarikh lahir: 19 April 1995
Keluarga : Anak ke-3 daripada 5 beradik
Pendidikan: Diploma Pengurusan di  Management & Science University
Kerjaya: Social influencer & model
Idola: Dian Pelangi

Categories: Ekstra