APA sahaja yang dibuat golongan selebriti menjadi perhatian terutamanya jika mereka keluar dengan produk atau jenama sendiri. Selebriti dan bisnes kini menjadi trend terutamanya dalam industri fesyen hijab.

Yang pastinya, produk atau jenama yang dihasilkan selebriti semakin diterima dan menjadi kegilaan ramai terutama daripada peminat fanatik selebriti tersebut.

HF kongsikan beberapa selebriti yang tampil dengan koleksi hijab dengan jenama sendiri di mana sedikit sebanyak memberi warna dan memeriahkan lagi industri fesyen hijab di Malaysia.

Neelofa antara selebriti yang mengeluarkan jenama hijab sendiri iaitu Naelofar Hijab dan mendapat sambutan luar biasa penggemar fesyen hijab.
MFshawls sentuhan Mira Filzah menjadi perhatian kalangan hijabi muda.
NanaRayyan Hijab oleh Siti Nordiana antara selebriti awal yang berhijrah dan tampil dengan koleksi hijab sendiri.
Emma Maembong dengan keunikan My Sketchbook Shawl.
Cakenis by Hanis Zalikha turut menyaksikan penglibatan pelakon dan pengacara cantik ini dalam fesyen tudung.
Dara by Fathia Latiff tampil dengan koleksi hijab bercorak.
Anzel Scarf diperkenalkan oleh pelakon Anzalna Nasir.
Nora Danish turut mengikut trend dengan menghasilkan himpunan Owl by Nora Danish.
Hanez Suraya hadir dengan koleksi tudung bawal satin dengan jenama Everyday KL.
Memey Suhaiza cukup dikenali dengan jenama Meylana.
Categories: Fesyen