1. Audition atau casting pertama anda untuk menceburkan diri dalam bidang modeling?
👉 Casting pertama di Calaqisya pada tahun 2016 utk pencarian wajah baharu.

2. Antara tudung, kasut dan beg tangan, mana satu koleksi paling banyak yang ada dalam wardrobe anda?
👉 Tudung kerana tudung fokus pada wajah. Walaupun kebanyakannya sama warna tetapi dari segi material dan rekaan, ia berbeza mengikut kesesuaian tema dan cuaca.

3. Kalau ada masalah peribadi, lebih selesa berkongsi bersama kawan-kawan rapat atau keluarga?
👉 Mengikut jenis masalah. Adakalanya bergantung pada situasi dan kesesuaian pendapat dan teguran yg perlu diambil kira. Lebih pada keluarga dan sahabat dekat kerana merekalah yang selalu ada dan menyokong di setiap langkah dan perjuangan saya sehingga saat ini.

4. Baju kurung, top dan palazzo atau kemeja dan jean. Gandingan mana satu yang paling kerapkan anda gayakan?
👉 Kemeja dan jean. Walau apa pun gaya, yang penting tampil bersederhana dan selesa supaya menampilkan keyakinan di setiap gaya yang saya ketengahkan terutama pada majlis-majlis. 

5. Tiga perkara anda kagum tentang diri anda?
– Positif
– Sabar
– Berkeyakinan

6.Hidup anda akan lebih sempurna jika…..?
👉 Jika saya sentiasa dapat membahagiakan keluarga tersayang dan rakan-rakan di sekeliling saya.

Hanis Rathi juga dilantik sebagai ‘Face of Jubahsouq’

PROFIL:

Nama penuh: Hamizah Hanis Mohd Rathi
Nama pentas: Hanis Rathi
Asal: Pulau Pinang
Tarih lahir: 14 April 1995
Keluarga: Bongsu daripada lima adik-beradik
Pendidikan: Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Hotel,
Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang.
Kerjaya: Model Muslimah
Idola: Abah (Mohd Rathi)

Categories: Gaya Hidup