TIDAK disangkal ramai yang suka warna jubah yang gelap terutama pilihan rona hitam. Namun warna-warna pastel dan juga bold semakin mendapat tempat di hati wanita muda dan ianya juga sesuai untuk dipakai ke majlis santai mahupun formal. Koleksi ini boleh didapati di Galeri Nur Aishah dan PrimaValet.

Elemen renda pada helaian jubah bercitarasa moden direka sesuai untuk setiap peringkat usia.

 

Abaya Amanda menyerlah dalam rona emerald green nan memikat.
Jubah melambangkan modesty ataupun kesederhanaan dalam berfesyen, selain ringkas dan sopan digayakan.
Penggayaan yang bukan sahaja boleh dipakai secara kasual malahan sesuai untuk ke majlis pertunangan, perkahwinan dan acara korporat.
Praktikal dan fashionable dalam rona yang mencuri pandang.
Categories: Fesyen