PENCARIAN cover girl bagi Anugerah Hijabi Mestika musim ketiga diteruskan dengan lokasi ketiga Johor Bahru, Johor yang diadakan pada 10 Februari lalu cukup mengujakan dan antara lokasi yang paling mencabar keseluruhan team Hijab Fesyen.

Bertempat di Angsana Johor Bahru Mall, Johor sesi uji bakat bagi Zon Selatan mendapat sambutan yang baik daripada peserta yang bukan sahaja berasal dari Johor, malah turut di sertai oleh beberapa peserta yang berasal dari negeri lain seperti Kuala Lumpur dan Sarawak.

Biar hanya 10 orang yang hadir pada sesi uji bakat kali ini namun kesemua peserta nampaknya lebih bersedia dan berbakat dari sesi uji bakat sebelumnya.

Barisan juri yang menilai para peserta di Road Tour Zon Selatan.

Bagi menilai bakat dan kualiti para peserta, dua orang juri jemputan telah diundang iaitu pereka fesyen popular Wajie Ibrahim dan jurusolek berpengalaman Zambri Sulaiman. Manakala Penolong pengarang Hijab Fesyen – Norma Ibrahim pula bertindak selaku ketua juri.

Sesi uji bakat Anugerah Hijabi Mestika musim ketiga sebelum ini telah pun menjelajah ke Utara tanah air dengan Sg Petani, Kedah sebagai lokasi pertama dan Kuantan, Pahang menjadi lokasi kedua siri jelajah. Siri jelajah pencarian cover girl Anugerah Hijabi Mestika 3 berakhir di Kuala Lumpur 10 Mac lalu.

Lily Khalid pemenang Miss Congeniality musim kedua berkongsi pengalaman sebagai finalis Anugerah Hijabi Mestika.

Bagi mereka yang ketinggalan untuk menyertai sesi ujibakat di JB, anda masih boleh mencuba nasib di Kuala Lumpur. Jangan lupa sentiasa ikuti update terkini dan pelbagai tip di Instagram @hijabfesyen_magz atau Facebook Hijab Fesyen.

Hotel Erya By Suria turut membuka booth promosi ketika sesi ujibakat berlangsung.

 

Gelagat para peserta ketika membuat persembahan.

Sebahagian peserta bergambar bersama juri.
Tags:
Categories: AHM 2017/2018