101 Make up sponge

Dengan begitu banyak make up sponge di pasaran dengan pelbagai jenama, bentuk dan warna, agak sukar memilih mana satu di antaranya yang sesuai dengan kulit wajah kita dan bagaimana menggunakannya dengan cara yang betul. Sebab itulah sangat penting untuk mengetahui beberapa info asas tentang make up sponge sebelum anda membelinya. Begitu juga dengan penggunaannya kerana sama seperti berus sintetik, make up sponge juga mempunyai pro dan kontra yang tersendiri.

Pros:
• Sangat berkesan terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit yang kering.
• Penggunaan make up sponge boleh mengelakkan sapuan foundation kelihatan bercapuk atau bertepek.
• Memudahkan foundation meresap ke permukaan kulit dengan rata dan sempurna.

Cons:
• Perlu diganti setiap 1 hingga 3 bulan. Bagaimanapun ia boleh bertahan sehingga 6 ke 8 bulan jika digunakan dan dijaga dengan baik.
• Lebih banyak menyerap produk (foundation) berbanding penggunaan berus sintetik kerana sifatnya yang menyerap.
• Penggunaannya mengambil masa yang lama (kaedah menekap memakan masa yang lama berbanding sapuan dengan berus sintetik. Jadi ia lebih sesuai untuk foundation yang bersifat tidak mudah kering.
• Liang pori lebih terbuka. Penggunaan sponge adakalanya membuatkan liang pori akan kelihatan lebih besar berbanding penggunaan berus sintetik. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku anda boleh menggunakan sama ada silicone-based primer sebelum sapuan foundation atau menggunakannya dengan kaedah ‘painting motion’ di bahagian tertentu wajah yang sedikit besar porinya.

Kedah mencuci:

Disarankan agar make up sponge ini dicuci setiap kali selepas digunakan bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria dan kulat kerana sifatnya yang lembab. Menggunakan sponge yang kotor bukan sahaja boleh merosakkan kulit wajah malah membahayakan kesihatan. Jadi pastikan picit atau perah semua cecair yang meresap ke dalam sponge dengan menggunakan tuala kering yang bersih. Biarkan ia kering dengan sendirinya sebelum ia disimpan ke dalam bekas yang bersih.

• Basahkan sponge dan perah lebihan air atau cecair.
• Gunakan sabun seperti shampoo mandian bayi atau liquid blender cleanser untuk membersihkan sisa foundation yang melekat dan gosok perlahan-lahan dengan jari. Biarkan ia seketika sebelum dibilas.
• Boleh juga menggunakan baby oil atau eye makeup remover untuk menanggalkan kotoran dengan lebih pantas. Kemudian cucilah dengan sabun dan bilas dengan air seperti biasa. Bagaimanapun kaedah ini sangat praktikal untuk latex –free sponge sahaja.
• Sabun mencuci pinggan juga sangat berkesan untuk menyingkirkan kesan kotoran di permukaan sponge dengan pantas. Bagaimanapun ia mudah memendekkan hayat sponge kerana sabun cuci pinggan tidak selembut baby shampoo. Namun ia sangat sesuai bagi mereka yang merancang untuk menggantikan sponge setiap 1 hingga 3 bulan.

Kaedah menyimpan
Sesetengah sponge seperti beauty blender tidak mempunyai permukaan rata da ia mudah tergolek. Jadi carilah bekas simpanan yang sesuai dan praktikal dibawa kemana sahaja. Pastikan sponge betul-betul kering sebelum disimpan.
Bottom line: Sponge adalah makeup tool yang hebat dan praktikal bagi mereka yang ingin hasil solekan yang flawless tanpa kelihatan cakey atau flakey. Anda semestinya boleh memilih daripada pelbagai saiz, warna, jenama dan harga yang anda suka mengikut keperluan anda.- HF

error: Content is protected !!