5 Item Fesyen Sebagai 'MOOD MAKER' Yang Positif

Mood sedang hanyut di lautan dalam? Anda perlu bijak menyuntik elemen positif dalam padanan harian. Busana dan item pelengkap gaya yang dipakai juga punya upaya mengubah mood sepanjang hari. Pastikan sekurang-kurangnya ada satu item yang mampu membangkitkan aura positif kamu. Tapi pastikan penampilan kamu tidak keterlaluan. Minimalkan hanya satu item untuk setiap padanan sudah mencukupi. Ini antara 5 item hit yang mungkin boleh menjadi mood maker untuk gaya kasual harian kamu.

1. Sepatu Chiara Ferragni yang sinonim dengan motif-motif comel ini bukan sahaja buat kamu tampak awet muda malah jadi deskripsi gaya stailo dan ceria.

2. Gincu merah benderang untuk gaya berani atau merah gelap untuk imej lebih bold?

3. Suntik mood ceria dengan ripped jeans yang penuh dengan patches comel! Padankan dengan stiletto dan blaus lebih feminin untuk penampilan yang chic.

4. Pilih padanan busana sama ada top, skirt mahupun celana dalam mainan warna pop atau rona candy terang. Koleksi Spring Summer 18 dari pereka fesyen tanah air, Mimpikita ini antara seleksi gaya yang membiaskan aura fresh and young!

5. Terasa serba tidak kena dan tidak lengkap hidup seharian tanpa handphone. Biarkan casing handphone warna-warni yang penuh dengan kata-kata positif ini jadi peneman kamu sepanjang hari.

error: Content is protected !!