5 Tip CUTI BAJET

Ada yang baru merancang percutian akhir tahun? Kos percutian yang agak mahal dan ditambah pula dengan perbezaan nilai mata wang masa kini pasti sedikit sebanyak merencatkan keghairahan merancang percutian impian. Mungkin beberapa tip di bawah boleh membantu anda merancang perbelanjaan supaya boleh berjimat namun masih menikmati perjalanan yang indah dan menarik.

1- PENGANGKUTAN

Pastikan anda mendapat maklumat percutian selengkap mungkin. Cari info menerusi internet berkenaan destinasi yang dituju, pakej berkaitan dan sebagainya supaya anda boleh mengetahui jika masih ada diskaun bermula dari tiket penerbangan atau hotel. Kebiasaannya, ada tawaran ‘last minute deal’! Dengan itu, anda boleh memeriksa harga tiket murah atau harga promosi. Jika bertuah, cepat -cepat tempah tiket penerbangan anda itu kerana selalunya promosi sebegini tidak lama dan cepat sold out. Gunakan aplikasi seperti skyscnanner untuk membandingkan harga. Tinjau juga pengangkutan awam lain termasuk kereta sewa. Pasti lebih jimat jika anda boleh memandu sendiri.

2- PENGINAPAN

Bandingkan harga hotel dengan memanfaatkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan seperti couchsurfing, airbnb, trivago, expedia, agoda, ibooking  dan sebagainya pastinya memudahkan anda membuat pilihan tepat. Pilih hotel yang berhampiran dengan kawasan lokasi tumpuan pelancong dan tempat-tempat yang mahu anda lawati. Secara tidak langsung bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi juga menjimatkan kos pengangkutan. Jika ke luar negara, anda mungkin boleh mencuba perkhidmatan dan pakej motorhome. Pengalaman menarik dan sekaligus mengurangkan kos untuk pengangkutan dan penginapan sekaligus.

3- PAKEJ TOUR GUIDE

Lakukan survey dan dapatkan pakej-pakej pelancongan dengan kos yang murah. Cuba dapatkan cadangan daripada kenalan yang pernah melancong ke sana. Bagi yang berani dan sukakan sesuatu yang mencabar, apa kata cuba cara backpacking. Gunakan map, GPS, dan rancang sendiri perjalanan anda dengan menyewa kereta.  Namun jika anda ada kenalan di lokasi percutian, apa salahnya minta bantuannya sebagai tour guide. Pasti dia berbesar hati membawa anda ke lokasi-lokasi menarik termasuklah lokasi istimewa yang sering dikunjungi penduduk tempatan. Lebih menarik dan apa yang pasti, ia jauh lebih menjimatkan!

4- WAKTU PERCUTIAN

Merancang waktu percutian bukan hanya mengambil kira waktu senggang jadual anda tetapi juga seeloknya bercuti bukan pada musim cuti! Kos perbelanjaan pada musim cuti lebih tinggi kerana ba­nyak permintaan berbanding bukan musim cuti atau di awal dan akhir musim itu. Musim cuti juga membuatkan tempat-tempat pelancongan dipenuhi ramai orang, jadi jika anda ­ingin menikmati suasana santai tanpa perlu berebut dan riuh-rendah dengan pelancong lain, inilah waktu yang tepat.

5- MAKAN DAN CENDERAMATA

Dapatkan info di internet atau daripada kenalan yang pernah ke lokasi percutian anda tentang  tempat makan menarik dan murah agar anda boleh merancang awal kos yang akan dikeluarkan. Namun pastinya ia lebih jimat jika tempat penginapan anda menyediakan dapur untuk memasak. Bagi cenderamata pula, seeloknya anda senaraikan awal-awal apakah cenderamata menarik untuk dibeli, jumlah yang ingin dibeli dan survey beberapa tempat yang berbeza untuk mendapatkan harga paling murah. Biasanya harga akan lebih murah jika di kawasan bukan tumpuan pelancong. Jangan lupa download aplikasi untuk tukaran wang di telefon anda. Ia pasti amat membantu supaya tidak keliru dengan nilai mata wang dan sekaligus membantu anda mengawal perbelanjaan.

error: Content is protected !!