5 tip penjagaan BUSANA KAIT kegemaran kamu

Penampilan ringkas namun stailo dengan busana jenis kait. Tampak ranggi kala dipadu padan dengan denim lusuh.

Padanan hijab kapas dengan penggayaan ‘messy-look’ atau turban tampak sesuai sekali dengan gayamu. Sarung but atau sneaker citarasa kamu buat pelengkap gaya. Pasti terlihat wow dan tersendiri.

Fabrik ini kebiasaannya agak panas dan lebih sesuai untuk cuaca nyaman dan dingin. Tapi ia tidak semestinya hanya boleh digayakan apabila melancong ke tempat-tempat sejuk.

Anda boleh gayakan outfit jenis ini apabila keluar malam terutamanya apabila ke panggung wayang atau jalan-jalan di pusat beli-belah.

Kebiasaanya busana jenis kait ini agak mahal (bergantung pada kualiti) dan memerlukan penjagaan yang rapi. Jadi HF kongsikan cara-cara yang boleh membantu anda menjaga busana kait kegemaran kamu itu.

(Foto: David Baird – www.david-baird.co.uk)

TIP PENJAGAAN:

  1. Gayakan dengan aksesori bersesuaian kerana fabrik jenis ini mudah rosak dan tertarik benang.
  2. Jika ada benang yang tertarik, cuba luruskan kembali perlahan-lahan dan segera ‘trim’ lebihannya supaya tidak melarat dan semakin rosak.
  3. Seeloknya hanya rendam dan cuci dengan basuhan tangan. Kebanyakannya mudah berbulu jika kerap dibasuh mesin.
  4. Namun jika menggunakan basuhan mesin, perhatikan dan turuti arahan pada label baju. Sesetengah mesin basuh mempunyai fungsi khas untuk basuhan fabrik jenis ini.
  5. Menggosok pakaian jenis ini mampu ‘memulihkan’ kembali tekstur fabriknya setelah dibasuh! Setkan saterika pada laras ‘wool’ atau yang bersesuaian.-HF
error: Content is protected !!