8 petanda tubuh anda KURANG AIR

Jabatan Meteorologi Malaysia sahkan beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia akan berdepan cuaca panas dan kering dengan paras hujan yang sedikit sepanjang Ogos hingga pertengahan September ini. Cuaca tidak menentu sebegini selalunya membuatkan kita cepat letih dan mudah jatuh sakit. Justeru, selain kurangkan aktiviti luar, minum air yang cukup juga perlu untuk menjamin kesihatan dan menjaga kecantikan kulit kita.

Ia adalah agen penting untuk memastikan organ-organ dalaman tubuh berfungsi dengan baik, memulihkan sistem penghadaman, menyelaras suhu tubuh dan mengekalkan kelembapan kulit. Sebab itulah kita perlu minum air yang banyak bagi mengelak komplikasi-komplikasi kesihatan yang serius.  Apakah petanda-petanda yang boleh membantu anda mengenal pasti sama ada anda minum cukup air atau tidak? Ikuti panduan berikut:

1. KEKERAPAN BUANG AIR KECIL
Seorang yang sihat akan buang air kecil sebanyak enam atau tujuh kali dalam sehari. Begitupun, kekerapan juga bergantung pada jumlah air yang diminum. Sekiranya anda membuang air kecil dua atau tiga kali sehari maka ia bermakna anda tidak minum cukup air. Kurang minum air boleh memnyebabkan masalah buah pinggang dan ia tidak boleh berfungsi untuk membuang toksin-toksin dalam tubuh. Sebab itulah anda perlu minum cukup air dalam sehari.

2. KULIT KERING
Kulit kita memerlukan air yang cukup untuk kelihatan berkilat dan licin. Kulit yang hidrasi bermakna kulit sihat. Sekiranya anda minum cukup air, kulit anda akan terasa lembut dan lembap, bukan kering. Kulit kering menunjukkan anda tidak cukup minum air. Anda dapat perhatikan keadaan kulit yang masih nampak dan berasa kering sekalipun anda telah menyapu banyak losyen atau krim. Lakukan perubahan positif dengan minum cukup air setiap hari. Kulit anda akan kelihatan berkilat dan berasa lembut.

3. PENING KEPALA
Sekiranya pening kepala anda berbeza daripada pening yang biasa dihidapi, itu menandakan anda kurang minum air. Anda boleh perhatikan jenis pening kepala ini dengan pergerakan mudah. Ia bertambah teruk dengan setiap pergerakan. Pening bertambah teruk apabila anda membongkok atau bergerak pantas. Ini menandakan tubuh anda dehidrasi dan perlu banyak air. Ingat! Jika anda berpeluh dengan banyak, minum banyak air.

4. MULUT KERING
Air liur dalam mulut anda adalah disebabkan oleh kurang air. Sekiranya mulut anda sering kering, ia boleh menyebabkan kecelaruan kekal mulut dan tekak. Mulut kering boleh terjadi akibat ubat-ubat tertentu atau kekurangan air. Jika anda menghadapi masalah mulut kering, biasakan membawa sebotol air bersama anda untuk minum air dengan kerap.

5. WARNA AIR KENCING
Salah satu petanda anda tidak cukup minum air ialah warna air kencing. Warna air kencing seharusnya kelihatan jernih sekiranya anda minum cukup air. Sebaliknya, jika anda tidak minum cukup air, warna kencing akan berubah kepada rona gelap. Perubahan warna kencing memberi petanda keperluan minum lebih banyak air. Warna kencing gelap dan kecoklatan bermakna anda menghadapi dehidrasi dan perlu lebih banyak air. Ingat! Minum air perlahan-lahan sebab minum dengan cepat boleh membuatkan anda sakit.

6. LAPAR
Sekiranya anda berasa lapar selepas makan, ini menunjukkan tubuh anda perlu air. Dalam banyak keadaan, tubuh anda perlukan air lebih daripada makanan. Maka selepas ini, apabila anda berasa lapar, minum segelas air dan lihat perubahannya.

7. PITAM

Dalam banyak keadaan, tubuh anda kehilangan banyak cecair yang menyebabkan rasa hendak pitam.Cecair dalam dalaman telinga anda juga boleh mengakibatkan rasa pitam, seiiring dengan dihidrasi. Sekiranya anda mengalami keadaan tersebut, minum segelas air. Ramai atlit menghadapi masalah ini kerana terdedah pada terik matahari.

8. DEHIDRASI KRONIK

Simtom-simtom dihidrasi kronik adalah seperti berikut:

  • Penuaan pra-matang
  • Jangkitan kuman pundi kencing
  • Rasa cemas
  • Keliru
  • Sembelit
  • Pedih Hulu Hati
  • Kolesterol Tinggi
error: Content is protected !!