Amalkan 4 PETUA TRADISIONAL ini untuk hilangkan penyakit

Terdapat pelbagai petua tradisional yang boleh kita amalkan untuk mengubati sakit-sakit ringan yang sering dialami seperti sakit perut, sakit mata, sakik tekak dan sakit gigi. Jom amalkan 4 petua ini dan In shaa Allah sakit anda akan berkurangan.

Khasiat Daun Jambu Batu
Sakit perut biasanya akan menyerang apabila anda salah makan. Situasi di mana anda mengalami cirit-birit, kembong perut atau perut memulas semestinya mengganggu kerja seharian. Asyik berulang tandas sudah tentu membuat anda tidak selesa sepanjang hari. Untuk mengatasi masalah ini, ambil beberapa helai helai daun jambu batu yang masih muda (pucuk), kunyah daun jambu batu tersebut dengan garam dan telan airnya.  In shaa Allah sakit perut akan hilang.

Madu Lebah Atasi Sakit Mata
Madu lebah sememangnya banyak khasiat. Salah satunya ia merawat sakit mata. Apabila anda diserang sakit mata seperti mata berair dan mata merah, cuci mata anda dengan air kemudian titiskan beberapa titik madu lebah ke dalam mata. Pejamkan mata untuk seketika dan selepas itu cuci mata anda. Lakukan 2 atau 3 kali sehari dan mata anda akan kembali seperti biasa.

Minyak Cengkih Ubati Sakit Gigi 
Minyak cengkih amat berkesan untuk merawat sakit gigi. Minyak cengkih yang bersifat anti-bakteria, anti-radang, anti-oksidan dan anestetik boleh membantu mengurangkan sakit gigi dan melawan jangkitan bakteria di dalam mulut. Caranya rendamkan kapas pada minyak cengkih dan tekapkan pada tempat yang sakit atau gigi yang berlubang.

Hilangkan Sakit Tekak Dengan Asam Gelugur
Cuaca yang tidak menentu mempengaruhi keadaan tekak. Batuk berterusan juga membuatkan tekak anda sakit. Cara mudah menghilangkan sakit tekak ialah dengan mengambil beberapa keping asam gelugur dan dibakar hingga hangus. Kamudian tumbukkan ia dan digaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit.