Anda perlu arif tentangnya bila menginjak angka 30!

Wanita yang menginjak angka 30 dikatakan paling sempurna kerana ketika inilah mereka memiliki aset paling berharga iaitu kecantikan paras rupa, fikiran yang sudah matang, tahap keyakinan diri yang tinggi dan juga kestabilan ekonomi.

Ada beberapa perkara yang sepatutnya sudah sempurna anda kendalikan pada usia ini terutama sekali perihal tentang gaya dan penampilan. Jika anda terlepas pandang, ayuh semak 6 perkara ini yang seharusnya anda arif tentangnya.

 

  1. Wardrobe Yang Tersusun

Sebagai seorang wanita yang menerjah usia 30 tahun, seharusnya anda sudah punya wardrobe yang lengkap dan tersusun dari hujung rambut hingga hujung kaki  dan bukannya almari yang sarat dengan pakaian, aksesori, kasut, tudung dan segala-gala yang disumbat dalam satu tempat.

  1. Bijak Padu Padan

Pada usia begini wanita perlu cukup bijak untuk mix and match penampilan mereka. Zaman bereksperimental dengan mencuba pelbagai jenis fesyen di zaman remaja sudah berlalu. Seharusnya anda sudah mengenal sebaik mungkin gaya yang paling sesuai untuk meneyrlahkan personliti diri anda.

  1. Pakaian Kerja

Usia 30 tahun, anda seharusnya sudah memiliki kerjaya yang stabil. Justeru anda sepatutnya mempunyai sejumlah koleksi pakaian yang mencerminkan personaliti dan kerjaya anda. Kenal pasti pakaian yang sesuai dan tidak sesuai lagi dipakai pada usia 30.

  1. Keperluan Aksesori

Wanita dan aksesori tidak dapat dipisahkan. Jadikan aksesori sebagai pelengkap dan penambah aura penampilan tidak kira untuk apa jua acara, tempat dan masa yang difikirkan sesuai dengan penampilan anda di ketika itu.

  1. Kasut Tumit Tinggi

Tidak kira apa jua alasan yang anda beri, kasut tumit tinggi adalah item wajib ada dalam wardrobe seorang wanita sesudah anda masuk ke usia 30 tahun kerana tidak sempurna penampilan wanita tanpa sensual sepatu tumit tinggi.

  1. Aura Warna

Warna sangat memainkan peranan. Aura manusia berwarna-warni sesuai dengan keperibadian dan kehidupan seseorang. Aura warna menunjukkan keperibadian yang berbeza. Justeru kenal pasti warna yang patut anda elak dan warna yang patut anda cuba.- HF

Kredit foto: Losravelda

error: Content is protected !!