BABY BOY lengkapkan mahligai MIA AHMAD dan IZHAM TARMIZI

Tahniah buat pelakon cantik, Mia Ahmad dan suami yang kini bergelar mommy dan daddy! Dalam posting terbaharunya di Instagram, Mia menzahirkan kesyukuran dan rasa terharunya kerana sudah pun menjadi seorang ibu.

Pasangan bahagia ini dikurniakan seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada jam 11:15 pagi, Jumaat lalu.

Bayi comel yang belum didedahkan namanya itu adalah cahaya mata sulung pelakon kelahiran Taiping, Perak ini bersama suaminya, penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Mia berkongsi gambar tapak tangannya, suami dan si comel sebagai simbolik tanda kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata yang amat dinanti-nantikannya selama ini.

Dalam ruangan kapsyen, Mia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak henti-henti menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan yang baik-baik untuk dirinya, suami dan cahaya mata mereka.

Terdahulu, pengumuman tentang kelahiran tersebut dikongsi Izham di dalam akaun Instagramnya pada hari Jumaat.

Posting yang dimuat naik Izham dihujani pelbagai ucapan tahniah dan doa daripada pengikut-pengikutnya di Instagram yang turut teruja dengan berita gembira yang dikongsikan pasangan selebriti itu.

Kehadiran baby boy melengkapkan lagi kehidupan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi yang berkahwin pada 13 Januari 2017.

Kami di Hijab Fesyen juga ingin mengucapkan tahniah buat Mia dan Izham. Semoga terus bahagia melayari mahligai yang semakin ceria dengan kehadiran si permata hati.

Semoga dipermudahkan urusan berpantang dan selamat berjaga malam buat mommy dan daddy baharu ini! –HF

 

Kredit foto: Instagram @mia.ahm4d & @izhamtarmizi24

error: Content is protected !!