Cantik manis orangnya, siapa model muslimah yang pernah menjadi wajah rasmi untuk jenama Leeyana Rahman ini? Menjadikan bidang peragaan sebagai kerjaya sepenuh masa, hijabi asal Selangor ini berkongsi pengalamannya dalam bidang modeling. Jom berkenalan dengan empunya diri- Mira Rashid!

 

Tiga tabiat yang anda tak boleh tinggalkan?

– Makan pada waktu tengah malam
– Melihat cermin
– Minum air sprite

Sejak bila menjadi Face of Leeyana Rahman?

Dari bulan Mac hingga bulan Ogos. Sebaik sahaja tamat ijazah pada bulan Januari.

Bidang modeling memberi pengalaman menarik kepada diri anda kerana?

Dapat mencungkil bakat yang tidak disangka-sangka. Lebih berani berhadapan dengan ramai orang, bercakap dengan orang yang baru dikenali, tak kekok di hadapan crowd dan mampu menjadi emcee dalam setiap event anjuran Butik Leeyana Rahman.

Tiga makanan kegemaran yang wajib anda dapatkan?

– Onde-onde
– Kuih pelita
– Laksa penang

Jika diberi pilihan, antara beg tangan, alat mekap dan kasut. Yang mana satu anda sanggup berhabis duit untuk membelinya?

Saya sanggup berhabis duit untuk membeli barang mekap. Selain boleh kelihatan cantik sentiasa, ia dapat menambah keyakinan diri dan salah satu tuntutan kerjaya.

Tahun ini sangat bermakna kerana?

Saya sudah tamat ijazah pada umur 23 tahun ini. Saya mahu melakukan perkara-perkara yang saya minat tidak kira dalam bidang apa sekali pun.- HF

 

PROFIL

Nama penuh: Nur Amira Abd Rashid
Nama pentas: Mirameera
Tarikh lahir: 26/4/1995
Asal: Shah Alam, Selangor
Keluarga : Anak ke-3 daripada 4 beradik
Pendidikan: Ijazah Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Arau, Perlis
Idola: Farahanim Razak
Hobi: Menonton program masakan
Kerjaya: Model sepenuh masa
Prinsip hidup: Kalau kita bersyukur, Allah akan beri lebih kepada kita

 

Kredit Foto: Instagram @mirameera

error: Content is protected !!