BEERAMZA kongsi tips elak 'overdo' dalam solekan

Perkara paling penting untuk tampil menarik ialah solekan! Jom Sisram kongsikan beberapa tip dan taboo dalam bersolek supaya anda tidak overdo dan tampil manis memikat!

No Red  Lipstick!
Anda tak mahu kelihatan terlalu overpower di temujanji anda nanti. Pilih warna gincu yang lembut dan feminin supaya tidak terlalu menonjol. Gincu merah biasanya lebih sesuai dipakai untuk ke pejabat atau ke tempat yang memerlukan anda tampil menyerlah dan penuh attitude. Lagipun anda pasti tidak mahu pandangan mata si dia terganggu dengan warna bibir anda.

Kawal Pemerah Pipi Anda
Solekan tanpa pemerah pipi tidak akan lengkap tetapi anda harus berhati-hati supaya tidak terlebih sapuan. Sapuan nipis dan lembut, serta pemilihan warna yang betul akan memberi kesan solekan yang kurang dramatik tetapi super feminin! A few dabs will do the magic!

Bibir Munggil Sihat
Selain pemilihan warna gincu yang lembut, anda perlu pastikan bibir anda sentiasa sihat dan tidak kering. Pasti mengganggu jika bibir anda kering merekah disaat temujanji nanti. Sapukan pelembap bibir atau sudahi calitan gincu dengan lip gloss untuk kesan bibir munggil dan sihat!

Dari Mata Turun Ke Hati
Kekalkan solekan mata yang natural. Anda juga boleh skip pemakaian pembayang mata tetapi lebihkan perhatian anda pada pemakaian maskara. Jangan risau untuk memakai dua hingga tiga lapisan maskara supaya bulu mata anda tampak lebih tebal dan memikat. Pastikan anda memilih maskara yang tidak bergumpal supaya tidak comot. Kalau anda bukan penggemar maskara, bolehlah diganti dengan pemakaian bulu mata palsu. Pastikan mata anda menjadi titik utama dalam solekan nanti. Pikat si dia dengan pandangan mata mu kerana dari mata turun ke hati!

Eyeliner Alert!
Anda tak boleh hidup tanpa penggaris mata? Cuba gantikan pemakaian liquid eyeliner kepada eyeliner jenis pensil untuk efek natural dan romantis. Tinggalkan cita-cita anda untuk berkarya dengan menghasilkan solekan mata cat eyes atau winged liner kerana ianya tidak sesuai untuk keluar ke temujanji istimewa. Less dramatic, more romantic!

Powder Power
Pemakaian bedak yang betul bergantung kepada lokasi temujanji anda. Pastikan bedak tidak terlalu tebal untuk mengelakkan garisan halus dan muka anda nampak bertepung. Sentiasa sediakan bedak kompak di dalam tas tangan anda untuk memudahkan proses touch up jika wajah anda terasa berminyak atau terlalu kering. Sentiasa bersedia supaya mood anda tidak terganggu dengan solekan yang cepat rosak.


Lengkapkan solekan anda dengan busana sopan berwarna lembut. Kekalkan momentum mood anda dan bersedia untuk melalui hari penuh bersejarah anda dan pasangan. Akhir kata, tinggalkan kenangan manis bukan ingatan tentang betapa buruknya solekan kita!

Selamat mencuba!

error: Content is protected !!