Bosan Dengan Kebiasaan? Jom Cuba Metallic Makeup!

Break Up The Shine- Metallic Makeup Look Untuk Dicuba

Matte make up semestinya memberikan hasil terbaik untuk semua gaya make up. Namun sesekali apa salahnya mencuba trend terbaharu contohnya metallic make up yang sedang trending ketika ini terutamanya di bahagian pembayang mata.

Jika anda sudah biasa ataupun bosan dengan rona pembayang mata yang ‘selamat’ apa kata cuba gaya baharu ini kerana anda boleh bermain dengan spektrum warna baharu dalam setiap pembayang yang anda boleh imaginasikan. Lihat bagaimana selebriti antarabangsa berikut yang begitu berani dalam memberi inspirasi dalam dunia fesyen antarabangsa.

Daripada kilauan sapphire, dusty bronze dan kilauan perak dan emas, nyata trend ini harus dicuba dalam memberikan definasi berbeza dalam penampilan anda. Hanya gabungkan sedikit keberanian bersama kreativiti anda mampu kelihatan hebat seperti mereka.

Brie Larson Icy Liner

Ketika menghadiri pembukaan Unicorn Store di Toronto, Kanada, jurusolek terkenal Rachel Goodwin memberi sentuhan luar biasa buat aktres dan pengarah Brie Larson dengan rona perang bersama mint blue liner sebagai pembayang mata. Calitan rona putih di bahagian hujung dalam mata memberi illusi dingin sebagai sentuhan terakhir.

Emily Ratajkowski Brass Smoky Eye

Tidak ada yang lebih sempurna daripada black smoky eye biasa. Namun ia menjadi sesuatu yang lebih istimewa apabila disuntik dengan sedikit rona metallic. Di sini bagaimana model seperti Emily menonjolkan refleksi rona copper. Tapi bagi yang sukakan tona perak dan emas boleh juga aplikasikan.

Ruby Rose Silver Liner

Jika anda perlu buktikan yang anda tidak perlu sedozen impak daripada make up anda, inilah gaya yang anda perlukan. Dengan hanya lentikan bulu mata menggoda serta calitan pembayang rona perak di bawah garis mata sudah cukup membuatkan penampilan anda sempurna.

Kate Bosworth Bronze Shadow

Lingkaran pembayang tona gangsa di kelopak mata memberikan bayangan hampir sempurna dengan gabungan bijak tona tanah di bahagian bibir melengkapi solekan anda.

Victoria Beckham Green Glitter

Apa yang anda boleh lihat ialah bagaimana isteri David Beckham ini bijak bermain dengan glitter di kelopak mata yang disuai padan dengan tona anting-anting. Memberi impak ceria dengan satu tona palette dengan gabungan rona metalic sudah menjadikan anda tumpuan ramai.

Allison Williams Mellow Gold and Green Lids

Cukup mempersona dengan gabungan tona emas legap dan dusty green di kelopak dan hujung mata memberikan sentuhan luar biasa buat si feminin.- HF

error: Content is protected !!