Bukan satu kekurangan jika anda bersaiz PETITE!

Adakah anda salah seorang dalam golongan wanita bersaiz kecil molek atau dipanggil petite? Salah besar jika anda fikir petite adalah satu kekurangan. Setiap wanita adalah unik dan cantik dalam saiz tersendiri.

Gaya pemakaian petite seharusnya sesuatu yang menampakkan individu tersebut lebih tinggi dan tidak tenggelam dengan pakaian yang disarungkan. Jom lihat apa yang boleh anda lakukan untuk tampil lebih yakin dengan saiz anda!  

Perlu bijak memadu padankan pakaian bersama aksesori pelengkap untuk penampilan yang lebih meyakinkan.

5 TRIK GAYA PETITE HARUS CUBA

1. Pilih gabungan warna head-to-toe yang sedondon atau satu warna sahaja. Warna sedondon seperti hitam, ungu gelap, hijau atau warna pastel dapat memberi efek gaya yang tidak sarat dan boleh menampakkan anda lebih tinggi.

2. Pilih corak vertical (menegak). Umum mengetahui corak begini membuatkan anda lebih tinggi. Jika mahu bermain dengan motif flora atau geometri, pastikan saiznya kecil atau sederhana besar.

3. Perincian pakaian haruslah ringkas dan tidak sarat. Elakkan perincian seperti renda, pleats, atau sekuin yang terlalu banyak pada pakaian. Ia membuatkan anda tenggelam dalam pakaian. Less is more.

4. Bawa beg tangan yang kecil atau sederhana besar. Oversized bag is a big no for petite. Ia hanya menampakkan anda lebih rendah dan lebih besar daripada sepatutnya. 

5. Pilih pakaian yang tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Terlalu longgar menampakkan anda sedikit bulky manakala terlalu ketat membuatkan anda tampak lebih petite. Potongan fitted atau semi-fitted lebih sesuai dengan individu petite.- HF 

error: Content is protected !!