Cegah DEHIDRASI di bulan PUASA

Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini berlaku kerana pengeluaran air lebih banyak daripada jumlah cairan yang masuk. Dehidrasi boleh disebabkan oleh kehilangan cairan terlalu banyak, tidak cukup minum air, muntah atau cirit-birit adalah penyebab umum dehidrasi selain cuaca panas dan kerosakan organ badan. Antara panduan yang boleh diamalkan bagi mencegah dehidrasi lebih lebih lagi pada bulan Ramadan adalah:

  1. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama.
  2. Minum air kosong yang banyak.
  3. Elakkan memakai pakaian yang ketat atau berwarna gelap terutama ketika cuaca panas.
  4. Menggunakan payung atau pakai topi bagi melindungi kepala daripada cuaca panas.
  5. Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
  6. Kurangkan aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah.
  7. Sekiranya ingin memandu,jangan terus masuk ke dalam kereta jika kereta terjemur lama di bawah cahaya matahari.
  8. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.-HF
error: Content is protected !!