Cuti sakan di BUKIT GAMBANG RESORT CITY

Bulan depan bermula 18 Ogos hingga 26 Ogos adalah musim cuti sekolah.Waktu cuti sekolah amat sinonim dengan masa yang tepat untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Yeahhh…It’s time to holiday! 

Bercuti tidak semestinya harus ke luar negara kerana dalam negara sahaja sudah banyak destinasi menarik yang belum habis diterokai. Selain lebih ekonomi, fasiliti yang ditawarkan juga bertaraf lima bintang.

Salah satu lokasi percutian mengujakan untuk seisi keluarga tentu sekali Bukit Gambang Resort City yang terletak di Kuantan Pahang. Buat warga kota, resort ini hanya 198 kilometer dari plaza tol Gombak dan 35 kilometer dari bandar Kuantan.

Jika anda teruja untuk membawa famili menikmati keseronokan bercuti di Bukit Gambang Resort City, bolehlah membuat tempahan di emel reservation@bgrc.com.my atau hubungi talian 09-548 8000(resort)atau 03-8941 9898 (Pejabat Jualan KL)

MENARIK DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY

EVERIA VILLAS RESORT
Rekaan ikonik untuk penginapan bertemakan villa:

  • Penginapan mesra alam
  • Landskap alam semulajadi
  • Ruang yang besar dan menarik
  • Lokasi yang strategik
  • Terdapat villa dua tingkat dan tiga tingkat merangkumi 126 unit
  • Villa dua tingkat dengan tiga bilik tidur manakala villa tiga tingkat dengan empat bilik tidur
  • Terbahagi kepada tiga kategori villa iaitu Amsterdam Villa, San Francisco Villa dan Venice Villa

CLUB HOUSE

  • Merangkumi kemudahan restoran
  • Gimnasium
  • Kolam renang dewasa dan kanak-kanak
  • 24 jam on-call services
  • Gelanggang badminton
  • Meja ping pong

PENGINAPAN RESORT DENGAN KEMUDAHAN SOKONGAN BERINTEGRASI

  • Kemudahan bas dan tren di dalam dan luar premis resort
  • Khidmat ejen pelancongan- Blue Sky Leisure
  • Bistro dan karaoke
  • Kemudahan barbeku dan steambot
  • Ruang jamuan dan mesyuarat
  • Kedai serbaneka dan cenderahati
  • Khidmat pengawal dan polis bantuan

TEMPAT- TEMPAT MENARIK

  • Bukit Gambang Water Park
  • Bukti Gambang Safari Park
  • Aktiviti Rekreasi
error: Content is protected !!