Hai Si Manis 17!

Variasi aksesori patches, appliqué, manik mahupun sulaman pada baju, jaket, tudung, seluar mahupun beg antara sensasi fesyen kasual yang wajib ada di lemari anda. Deskripsi gaya yang ranggi dan chic! Bagi yang telah mempunyai koleksi ini, tip di bawah mungkin membantu anda menggayakan busana ini dengan lebih baik. Pasti boleh buat kamu tampak awet muda bak si gadis 17 tahun..

1- Sesuai untuk gaya kasual dan kurang sesuai untuk ke pejabat atau acara formal. Namun ia bergantung juga jika pejabat anda membenarkan gaya kasual.

2- Padankan dengan ripped jeans. Busana dengan patches berwarna-warni ini pasti buat anda tampak ranggi dan awet muda!

3- Gayakan dengan lilitan ringkas hijab polos. Tudung bercorak terutamanya motif floral mungkin kurang sesuai.

4- Seeloknya biarlah salah satu sahaja padanan anda yang mempunyai patches. Jika sudah seluar sudah sarat dengan patches, biarlah busana dan tudung kosong. Begitu juga sebaliknya.

5-Tidak perlu memakai sebarang aksesori terutama rantai kerana patches itu sendiri sudah menjadi statement gaya anda. Kekalkan padanan minimalis dan ringkas supaya tidak tampak serabut.

6- Bagi yang kreatif, apa kata anda jahit sendiri patches, appliqué atau manik pada busana dan celana jeans anda? Boleh juga lekatkan dengan menggunakan gam khas (fabric glue) yang boleh dibeli di kedai-kedai menjual barang jahitan.