HUSNA MUSTAFFA kesal..imej HANALLUNA tercalar

Pengasas jenama HANALLUNA iaitu Husna Mustaffa antara butik yang sepatutnya membuat pertunjukan fesyen di pentas Asia Islamic Fashion Week (AIFW2018) pada malam ini (27 Julai 2018) turut terkena tempias apabila acara yang sepatutnya bermula malam tadi dibatalkan serta merta.

Menurut Husna, pihaknya terkejut kerana tiba-tiba dimaklumkan bahawa AIFW2018 dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Kami tidak diberi sebarang notis sehingga kami tiba untuk majlis pembukaan pada pukul 8:30 malam tadi.

“Pihak kami kesal kerana pembatalan event di saat akhir terpaksa dibuat atas sebab kelemahan pihak penganjur sendiri sehingga show kami yang sepatutnya berlangsung malam ini tidak dapat diteruskan,” kongsinya ketika dihubungi Hijab Fesyen.

Lebih mengecewakan, kata Husna tidak ada sebarang pengumuman rasmi dari segi emel, facebook, instagram ataupun WhatsApp kepada pereka-pereka yang terlibat dalam AIFW2018.

Butik Hanalluna sepatutnya membuat pertunjukan fesyen malam ini.

“Pihak penganjur hanya berbuat demikian setelah  pihak kami menggesa untuk mendapatkan pengesahan bertulis daripada mereka dan pihak penganjur hanya hantar melalui WhatsApp sahaja.

“Tidak ada sebarang penerangan atau penjelasan tentang perkara sebenar secara telus oleh penganjur.

Husna berharap pihak pengajur bertanggungjawab atas insiden yang telah berlaku.

“Insiden ini amat memalukan dan mengecewakan ramai pihak sekali gus mencemarkan imej dan jenama Hanalluna serta kesemua pereka dan butik yang terlibat,” luahnya.

AIFW2018 merupakan acara fesyen berskala besar dan bukan sahaja terdiri daripada pereka tempatan bahkan turut melibatkan pereka antarabangsa.

Difahamkan ini kali kedua ia berlaku (pembatalan event), seharusnya pihak pengajur mengambil iktibar atas insiden ini agar ia tidak berulang lagi untuk kali ke seterusnya.

error: Content is protected !!