Ikuti 8 tips ini jika mahu 'enjoy' di Rumah Terbuka!

Walaupun anda mempunyai kuasa untuk mengawal nafsu makan yang maha hebat, namun bila tiba musim perayaan ia tentu bukan sesuatu yang mudah buat sesiapa pun. Lebih-lebih lagi sewaktu menghadiri rumah terbuka.

Ikuti tips berikut agar anda dapat menikmati semua makanan kegemaran anda dan dalam masa yang sama bangun dengan saiz yang sama atau lebih kecil keesokan harinya.

1.Mulakan hari dengan senaman ringan
Bersenam di awal pagi membantu meningkatkan kecenderungan untuk tingkah laku yang positif. Ia juga membantu mengurangkan tahap keinginan seseorang terhadap makanan berlemak. Berjalan kaki mahupun mengemas rumah juga merupakan senaman ringan yang mengeluarkan peluh.

2.Jadilah seorang cerewet
Perhatikan dahulu apa sahaja hidangan atau buffet yang dihidangkan di setiap rumah yang anda kunjungi sebelum anda memenuhkan pinggan dengan makanan yang sebenarnya anda tidak perlukan. Ambil makanan yang anda betul-betul mahukan sahaja bukan mengikut nafsu makan.

3.Katakan tidak
Keazaman jika dilakukan dengan teguh pasti ia akan menjadi lebih kuat dan berkuasa. Jangan malu untuk berkata tidak atau menolak makanan setiap kali dipelawa. Menolak dengan baik bukan bermakna anda tidak menghormati tuan rumah.

4.Jangan menolak pemanis mulut
Cuba amalkan three-bite rule. Anda akan dapat merasa pada gigitan pertama, kepuasan pada gigitan kedua dan melengah-lengahkan gigitan ketiga. Hasilnya anda tidak lagi teringin untuk meneruskan gigitan yang seterusnya.

5.Jangan ambil minuman berkarbonat
Tidak dinafikan kita dihidangkan dengan banyak minuman manis dan berkarbonat ketika musim perayaan. Air berkarbonat bukan hanya boleh menyebabkan perut buncit malah menyebabkan perut dipenuhi gas. Pastikan anda hanya mengambil air kosong.

6.Kunyah perlahan
Kunyahlah secara perlahan dengan itu anda mampu mengawal keinginan untuk mengambil lebih banyak makanan.

7.Jadilah realistik
Semua orang menghadapi masalah yang sama. Ini kerana musim perayaan bukanlah masa yang sesuai untuk anda menurunkan berat badan apatah lagi ketika semua orang mempelawa anda makanan yang boleh ditemui setahun sekali itu. Memastikan berat badan anda terkawal  adalah misi yang sepatutnya anda capai.

8.Jangan skip waktu makan
Jika anda berangan untuk meninggalkan sarapan pagi hanya kerana nak makan dengan bersungguh-sungguh pada waktu tengah hari, itu adalah idea yang salah. Makanlah dalam portion yang kecil dan makan pada masa yang tepat dapat mengelakkan anda daripada makan secara berlebihan. Ia juga membantu menstabilkan paras gula dalam badan dan mampu mengawal keinginan untuk makan.

error: Content is protected !!