Jom lari ke PANTAI! Ini 6 item wajib ada 

Seronoknya apabila sekali sekala dapat merehatkan minda dan berlibur di pulau mahupun di tepian pantai peranginan. Piknik dan bersantai menikmati pemandangan laut nan membiru sambil menghirup udara nyaman dan bermandi manda memang boleh bikin hati gembira dan lupa segala masalah. Ini antara enam item perlu ada untuk menemani anda kala bergembira di pantai dan pada masa yang sama masih kekal stailo!

1. BEG KALIS AIR
Penting untuk menyimpan barang-barang anda supaya tidak basah dan terkena air. Jangan lupa juga casing kalis air untuk telefon anda! Bolehlah bergambar tanpa perlu risau telefon rosak terkena air laut.

2. SELIPAR
Sila tinggalkan stiletto dan kasut tumit kegemaran anda apabila bersantai di pantai! Sarungkan sandal rata jelly shoe atau selipar getah nan sempoi untuk memberi keselesaan kepada anda. Atas faktor keselamatan, pastikan juga tapaknya daripada jenis yang tidak licin ya?

3. KACA MATA HITAM
Aduh panasnya! Kaca mata hitam, selain untuk tampak bergaya ia adalah bertujuan untuk melindungi mata daripada pancaran silau mentari. Bolehlah anda menikmati panorama pantai nan indah tanpa batasan terik matahari.4. PELEMBAP BIBIR
Cuaca pantai yang agak panas dan berudara kering boleh menyebabkan bibir turut menjadi kering dan merekah. Gunakan pelembap bibir yang sesuai agar kulit bibir tidak kering dan terasa segar! Selain itu, banyakkan juga minum air supaya kulit anda tidak terhidrat.

5. KRIM PELINDUNG SINARAN UV
Keperluan wajib bawa apabila bercuti di pantai! Pilihlah krim pelindung UV (sunblock) yang bersesuaian. Gunakan krim pelindung UV dengan kandungan SPF yang lebih tinggi jika anda terdedah lebih lama dengan pancaran matahari. Sapu rata krim pelindung sinar UV pada muka, tangan atau kaki secara kerap sebelum melakukan sebarang aktiviti sama ada hanya untuk berjalan di pesisir pantai dan mandi laut.

6. TOPI BESAR
Stailo dan bergaya! Pasti penampilan anda tampak wow jika kena gayanya dengan topi besar yang dipakai.  Tapi apa yang penting, dalam masa yang sama ia juga sekurang-kurangnya membantu melindung wajah anda daripada terkena panas matahari.

error: Content is protected !!