Kerap SAKIT BELAKANG? Ketahui punca, rawatan dan cara pencegahannya

Apa sebenarnya yang disifatkan sebagai sakit belakang? Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan. Apa yang menjadi sebab kepada sakit belakang dan apa pula pencegahan dan rawatan yang boleh dilakukan. Berikut adalah info yang perlu anda tahu berkaitan sakit belakang.

Jangan ambil mudah jika anda sering didatangi sakit belakang.

SEBAB-SEBAB:

Otot

-Otot tergeliat
-Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
-Otot letih

Tulang

-Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
-Pecah tulang belakang
-Tulang yang cacat
-Kanser tulang

Lain-lain

-Kedudukan badan yang tidak betul
-Penyakit Radang Pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID)
-Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
-Penyakit batu karang
-Psikologi

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan dengan caran rehat yang cukup.

RAWATAN:

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan dengan cara:

-Rehat yang cukup
-Regangan pada bahagian belakang
-Fisioterapi
-Menggunakan ubat sapu
-Ubat penahan sakit

Kekalkan cara hidup sihat untuk kesihatan yang berpanjangan.

PENCEGAHAN:

-Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
-Berehat untuk meregangkan belakang badan
-Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
-Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala, seperti Pap Smear untuk mengesan kanser pangkal rahim
-Kekalkan berat badan unggul
-Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium dan zat yang cukup untuk mencegah osteoporosis
-Kekalkan cara hidup sihat- HF

error: Content is protected !!