Koleksi ASHH & ANNAS laku keras kerana CHE TA?

Kalau dah cantik, pakai baju guni pun nampak cantik. Haa… begitulah penangannya bila ratu Malaya, Rozita Che Wan atau Che Ta  yang tampil manis dan classy dengan koleksi terbaharu  kurung moden custom print Ashh & Annas.

Biasanya bila cakap soal fesyen, aktres ni memang tak kalah gaya. Ibu tiga anak ini berjaya membawa ‘zaman mak-mak kita’ ke satu tahap yang lebih fashionable.

Citarasanya high taste dan tidak sah rasanya untuk Che Ta mengenakan busana tanpa sulaman manik mahupun labuci ke acara-acara glamor.

Namun, untuk koleksi Ashh & Annas, penampilannya ternyata cukup berbeza dan mencuri perhatian ramai.

Dalam entry yang dimuatkan di laman Instagram pemilik jenama Ashh & Annas @annaseaskey, ramai netizen yang memuji penampilan Che Ta yang  nampak sweet dan simple berbaju kurung.

“Rozita Che Wan nampak jauh lebih muda bila pakai baju+bawal macam ni…wow! cantik sangat.

“MashaAllah, Che Ta bila pakai baju ni  berganda-ganda mudanya…

“Cantik dan nampak sederhana je Rozita Che Wan  berpakaian macam ni. Tudung tutup dada…

“Ada tutorial macam mana nak pakai hijab macam ni? I ada niat nak berhijab and whenever i see her style of hijab macam ni, niat makin bertambah kuat…

18 REKAAN CORAK ISTIMEWA

Ashh & Annas yang sebelum ini terkenal dengan koleksi plain dan polos menyahut cabaran daripada pengikutnya untuk mencipta koleksi helaian corak. Dengan mempertaruhkan 18 rekaan, baju kurung moden corak ini boleh dipakai oleh semua wanita.

Menurut Annas, kesudian Che Ta untuk menjadi muse bagi koleksi terbaharunya bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.

“Ini merupakan kali pertama saya buat kurung moden custom print. Ia juga merupakan kali pertama saya susun design dengan team dan kaler ikut kata hati.

“Saya tahu ramai yang tertunggu-tunggu koleksi ini sebab ramai sangat yang request. Alhamdulillah, akhirnya saya cekalkan hati buat.

“Buat kakak Rozita Che Wan, terima kasih kerana sudi jadi wajah jenama Ashh & Annas. Yang penting gaya dah macam cikgu ada, macam YB Ta ada, manis betul dia,”seloroh Annas dalam caption di Instagramnya.

Annas Easkey menyahut cabaran daripada pengikutnya untuk menghasilkan koleksi baju kurung printed.

Selepas koleksi itu diperkenalkan, lebih 7000 followers baharu di Instagram Ashh & Annas muncul.

Nampaknya, sambutan pada koleksi ini bagaikan goreng pisang panas dan laku keras! Biarpun baharu dilancarkan, ramai yang sudah membuat tempahan. Tahniah Ashh & Annas!  Moga terus maju dalam bisnes.-HF

error: Content is protected !!