Larangan BERNIQAB cetus PROTES di DENMARK

Undang-undang terbaharu pemerintah Denmark yang melarang pemakaian niqab atau burqa di tempat awam di negara itu mencetuskan protes di antara pihak penyokong dan pembangkang sebaik sahaja ia berkuatkuasa 1 Ogos.

Ia menjadikan Denmark negara selepas Perancis, Belgium, Belanda dan beberapa lagi negara Eropah yang tidak mengiktiraf pemakaian niqab atau burqa yang disifatkan bertentangan dengan nilai dan budaya rakyat di negara mereka.

Gambar Reuters

Peraturan terbaharu itu telah mencetuskan perang mulut antara pihak penyokong dan pembangkang.

Marcus Knuth dari parti liberal berkuasa, Venstre, berkata pakaian yang dipakai oleh beberapa wanita Muslim konservatif itu bersifat ‘sangat menindas’.

Manakala Sasha Andersen dari kumpulan aktivis pemberontak parti yang merancang demonstrasi, menentang apa yang disebut sebagai ‘langkah diskriminasi’ terhadap kumpulan minoriti dan menegaskan larangan itu telah melanggar hak berpakaian wanita.- HF

error: Content is protected !!