NADIA AZLAN SHAH tak kesal kahwin muda

Bergelar isteri di awal usia 20-an pada zaman ini mungkin boleh dianggap agak muda. Namun bagi model muslimah Ain Nadia Azlan Shah, 21, bergelar isteri kepada pelakon dan model Syafiq Nazri adalah satu status yang sangat istimewa di hatinya. Jom berkenalan dengan si cantik manis ini, HF ajukan enam soalan trivia buat Nadia!

Nadia menjadikan bidang modeling sebagai kerjaya sepenuh masa.
  1. Antara keluar bersantai, aktiviti hiking dan pentas peragaan, mana satu yang paling dekat dengan jiwa anda?

Nadia lebih minat hiking.

 

  1. Mata pelajaran kegemaran anda?

Masa di sekolah menengah Nadia sangat suka pelajaran sains, tapi bila masuk universiti Nadia minat communication skill.

 

  1. Mata yang bundar, hidung yang mancung dan bibir yang mungil. Jika diberi pilihan, anda mahukan yang mana?

Mesti la bibir yang mungil! Hehe. Dulu Nadia segan sebab kakak selalu ejek Nadia bila menangis bibir jadi besar gila but now I really happy with my lip.

 

  1. Apakah tabiat buruk yang masih anda buat sampai sekarang?

Nadia suka cium pipi dan perut mama Nadia tak kira masa. Hahaha…sampai mama pun marah, ye lah dah besar kan tapi masih suka cium.

 

  1. Tiga profesyen yang sama sekali tidak pernah terlintas untuk dijadikan kerjaya?

* Cikgu

* Ahli perniagaan

* Doktor

Pasangan sama cantik sama padan.
Keserasian Nadia dan Syafiq membawa mereka ke gerbang perkahwinan setahun yang lalu.
  1. Tahniah kerana sudah bergelar isteri. Apakah dorongan utama membuatkan Nadia berkahwin pada usia muda?

Terima kasih, pendorong untuk kahwin awal sebab kerjaya Nadia sebagai seorang model Muslimah tidak manis bila keluar berdua dengan lelaki. Yang penting nak jaga nama keluarga. Bagi Nadia walaupun masih muda bukan satu halangan untuk berkahwin janji kita pandai bahagi masa, tahu tanggungjawab, itu dah cukup.- HF

 

PROFIL 

Nama penuh: Ain Nadia Azlan Shah

Nama pentas: Nadia

Asal: Perak

Tarikh lahir: 20/11/1997

Pendidikan: Diploma Komunikasi dan Media, Unisel Shah Alam.

keluarga: Anak bongsu daripada 3 beradik

Kerjaya: Model sambilan

Cita-cita: Pengacara

Prinsip hidup: Kena berani untuk mencuba & yakin pada diri sendiri

 

Kredit foto: Instagram @nadiaazlanshah

error: Content is protected !!