Nak kahwin nanti, carilah KASHFI ZULKUFLI

Magis dalam sesebuah majlis perkahwinan sering kali dikaitkan dengan kreativiti si perancang perkahwinan. Bagi pereka fesyen dan perunding perkahwinan popular, Kashfi Zulkufli, 30, sentuhan magisnya dalam sesebuah majlis adalah dengan mencipta kekaguman serta memberi impak paling maksimum. HFLovers kalau nak kahwin nanti, bolehlah cari Kashfi Zulkufli!

Kashfi antara pereka fesyen muda dan perunding perkahwinan yang semakin dikenali.

Gabungan idea pilihan kedua-dua mempelai dan imaginasi ciptaan perunding perkahwinan itu sendiri bersatu mencipta chemistry menjadikan ia sebuah perkahwinan yang unik supaya bakal pengantin juga tetamu yang hadir dapat merasai keindahan yang dicipta.

“Sejujurnya, pelbagai cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan sesebuah majlis perkahwinan.

“Cabaran utama adalah untuk merealisasikan impian seseorang itu dan secara tidak langsung mencabar kredibiliti juga kreativiti saya sebagai seorang pereka.

“Tambahan pula, setiap pasangan mempunyai keinginan dan konsep yang berbeza dan menjadi tanggungjawab saya untuk mentafsir juga menzahirkan impian tersebut.

Tujuh tahun pembabitannya dalam industri fesyen menggunakan penjenamaan Kashfi Zulkufli Creation.

“Secara peribadi, majlis perkahwinan yang selalu menarik minat saya adalah majlis yang diinput dan kekal dengan adat dan juga tradisi Melayu.

“Walaupun berdepan dengan era globalisasi, kita harus menitikberatkan adat dan tradisi dalam sesebuah majlis perkahwinan.

“Sehebat mana pun majlis yang dilaksanakan, sekiranya tidak mempraktikkan elemen adat dan membelakangi unsur tradisi, majlis itu seakan tidak sempurna.

“Sesebuah majlis memang tidak lari daripada kos. Terpulang kepada bakal pengantin sama ada mahu memperuntukkan kos yang tinggi atau pun tidak.

“Sesetengahnya tidak kisah berbelanja dengan kos yang tinggi bagi memastikan apa yang mereka impikan itu tercapai. Ia terpulang atas kemampuan pasangan pengantin tersebut.

“Pada saya, bergantung pada nawaitu kedua mempelai. Apabila kita melakukan sesebuah majlis secara besar-besaran dengan niat untuk meraikan tetamu yang hadir dan berkongsi kebahagiaan yang dicipta, itu adalah perkara yang sebaik-baiknya,” kongsi Kashfi lagi.

“Selagi boleh berkarya, selagi masyarakat masih mahu melihat karya-karya saya, saya akan terus memberi khidmat serta kreativiti yang ada”- Kashfi

TIP BAKAL PENGANTIN

  • Harus bijak merancang kerana untuk mengetahui keinginan dan keupayaan adalah kunci utama dalam sesebuah majlis persiapan yang ingin dilaksanakan.
  • Harus mengetahui konsep perkahwinan yang mereka ingin zahirkan.
  • Perancangan harus dilakukan dengan teliti seperti membuat kajian yang mendalam, mengetahui keperluan mahupun kepentingan.
  • Harus mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan.
  • Perlu ada sifat sabar, bertolak ansur dan saling hormat menghormati. Pastikan keputusan yang diambil dalam merancang perkahwinan itu adalah tepat.

 

PROFIL

Nama penuh: Mohamad Kashfi Mohd Zulkufli
Nama pentas: Kashfi Zulkufli
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan : Diploma in Performing Art (Acting) & Degree in Theatre (Directing), UiTM Shah Alam
Penjenamaan: Kashfi Zulkufli Creation, Interior Design By Kashfi Zulkufli, Ekspresi Weddings By Kashfi Zulkufli
Prinsip kerja: “If we passionate whole heartedly to beautify the lives of others, it is not impossible that someday people will beautify our life “

 

 

 

 

Kredit Foto: M Art Works

error: Content is protected !!