#OOTD Ke Pejabat.. Yass!!

Memang mencabar memilih padanan busana ke pejabat setiap hari kan? Tukar siluet gaya anda kepada penampilan lebih matang, classy dan feminin. Ini antara lima item penting yang perlu dipertimbangkan untuk menyerlahkan aura wanita bekerjaya. Pesona segar sesuai usia dan kematangan.

1- Busana
Blaus longgar, tunik, wrap atau outer seperti blazer, kardigan labuh dan inspirasi kimono antara yang hangat diperagakan oleh fesyenista Muslimah moden. Helaian jubah dan dres labuh jangan dilupa! Tampak manis dan menawan.  Memilih busana bercetak, pastikan motifnya bersifat lebih minimal dan ‘dewasa’ seperti motif abstrak, geometri dan floral. Pilihan busana polos tentunya lebih mudah digayakan.

2- Skirt dan Seluar
Skirt adalah item wajib ada dalam lemari anda untuk gaya penuh kewanitaan. Untuk seluar pula, pilihan palazzo atau celana potongan lurus antara pilihan sesuai untuk penampilan lebih anggun dan feminin.

3- Tas tangan
Wanita dan tas tangan tak dapat dipisahkan. Simbolik gaya yang menjadi dambaan dan teman rapat untuk diusung ke sana sini. Pilih rekaan minimalis agar gaya anda tampak mahal dan elegan.

4- Sepatu tinggi
Pesona seorang wanita anggun, elegan dan sofistikated terserlah dengan pilihan sepatu tumit tingginya. Jadi, stiletto atau platform tumit tinggi?

5- Aksesori
Ia bonus untuk tampil lebih menarik dan memikat pandang. Tapi pastikan penampilan anda tidak caca marba kerananya. Less is more! Pilih aksesori seperti rantai, cincin atau gelang tangan yang ringkas dan sesuai penampilan dan padanan busana yang anda gayakan. HF

Kredit Foto: @fashburnout