Penat bercuti? Ini sebabnya anda perlukan Mandian Sitrus

Lama bercuti tentu badan merasa lelah dan lesu. Alangkah seronoknya kalau dapat memanjakan diri sambil menyegarkan kembali tubuh sebelum mula bekerja. Bagi yang masih tercari-cari spa yang sesuai untuk meredakan lelah anda itu, Spa & Theraphy Centre yang terletak di tingkat empat Bluewave Hotel, Shah Alam ini nyata mampu memberi kepuasan buat anda.

Berkonsepkan ala Balinese moden, ditambah pula dengan layanan mesra pemiliknya  Zila Hussin, pastinya melangkah ke spa ini mengujakan sesiapa sahaja untuk masuk. Sesuai untuk meredakan penat lelah bekerja mahupun bercuti, spa ini lokasi terbaik terutama bagi mereka yang inginkan belaian manja bak ratu sehari.

Dengan pelbagai pakej menarik, pelanggan boleh memilih pelbagai rawatan mengikut pilhan masing-masing. Paling mendapat sambutan tentu sahaja paket bajet serendah RM170 sahaja.

Bilik rawatan yang cantik dan selesa.
Zila Hussin bersama staff Spa & Theraphy Centre sedia menyambut kedatangan anda.

“Istimewanya di Spa & Theraphy Centre ini kami menyediakan rawatan Mandi Sitrus yang mana jarang didapati di spa lain. Rawatan ini merupakan mandian susu yang dicampur dengan buah buahan citrus, yang kaya dengan vitamin C dan minerals seperti limau purut, limau nipis, lemon dan oren.

“Ianya bagus untuk memberi kesegaran dan menghilangkan bau badan serta menyerikan kulit. Sesuai bagi wanita yang ingin meredakan kepenatan setelah penat bekerja,” ujar pemiliknya.

Selain Mandi Sitrus, spa ini juga menyediakan rawatan bertangas (vagina steam) bagi mereka yang ingin mengurangkan masalah bau pada bahagian intim, keputihan dan lendiran kental, mengecutkan rahim, mewangikan badan, masalah senggugut.

Rawatan ini sangat berbeza dengan spa lain kerana menggunakan batu panas bakar selama 30 minit dan ditabur dengan rempah ratus khas yang akan mengeluarkan bau rempah yang sungguh wangi dan menyegarkan. Batu itu kemudian dilapik dengan daun mengkudu segar dan di letakkan di dalam mangkuk atau periuk tanah supaya kehangatan batu akan terjamin selama 30minit.

 

Selain itu pelbagai rawatan lain turut disediakan termasuklah pakej-pakej untuk bakal pengantin dengan harga yang amat berpatutan.

Bagi mereka yang ingin mencuba pelbagai rawatan dan pekaj menarik spa ini boleh hubungi Puan Zila di nombor 016-2718444 atau menerusi laman sosial Instagram: @Spatherapycentre atau FB: Spa & Therapy Centre – Bluewave Hotel. HF

Foto: Zulfaiz Zakaria

error: Content is protected !!