Percaya pada rezeki, ibu muda ini kongsi pengalaman tinggalkan kerjaya di ibu kota dan balik kampung untuk berniaga

Rezeki ada di mana-mana selagi kita tidak kenal erti putus asa. Berpegang kepada kata-kata itu, ibu muda ini sanggup meninggalkan kerjayanya di Kuala Lumpur dan nekad pulang ke kampung halaman untuk memulakan bisnes. Nik Ili Khairunnisa Nik Razali, 30 tahun, anak kelahiran Kemaman,Terengganu ini berkongsi kisahnya bersama pembaca Hijab Fesyen.

Nik Ili Khairunnisa Nik Razali optimis dengan keputusannya untuk bergelar usahawan butik.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini sememangnya amat meminati dunia bisnes sejak dari zaman sekolah lagi. Walaupun pada mulanya agak skeptikal dengan keputusan untuk berhenti kerja, namun dia kuatkan iltizam untuk cuba keluar dari zon selesa.

Selepas meletakkan jawatan di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota, Ili pulang ke kampung untuk beri tumpuan sepenuhnya kepada perniagaannya sendiri iaitu butik pakaian muslimah dengan nama Bulan Madu Boutique.

“Saya bermula pada tahun 2012 secara atas talian sebelum berhenti kerja dan balik ke Kemaman setahun selepas itu untuk fokus pada bisnes. Dengan modal RM3,000 saya sewa kedai untuk buka butik fizikal.

Koleksi shawl dan top kasual yang menjadi antara hot item di Bulan Madu Boutique.
Busana muslimah dengan material cotton linen didatangkan dengan rekaan stylo,sweet & catchy.
Bulan Madu Boutique menawarkan koleksi top, blaus , jubah, palazzo, skirt, stokin, handsock, variasi bawal dan selendang serta kelengkapan muslimah yang lain.

“Produk terawal merupakan custommade shawl dan customemade abaya yang mendapat sambutan cukup menggalakkan pada ketika itu.

“Dua tahun selepas itu, butik berpindah ke lokasi yang lebih besar, selesa dan strategik iaitu di pusat bandar Kemaman dan menyambung operasi sehingga ke hari ini secara online dan offline,” kongsinya.

Berkonsepkan mesra kawan,mesra keluarga dan mesra kewangan, butik ini sesuai untuk kunjungan sekeluarga kerana ruang yang besar dan selesa.

Menjelaskan tentangnya, ruang lapang untuk kanak-kanak bermain turut disediakan memandangkan pelanggan yang sering ke butik terdiri daripada golongan ibu yang membawa anak-anak.

Layanan mesra buat pengunjung butik yang dianggap sebagai kawan.

“Bulan Madu Boutique menerapkan konsep pelanggan sebagai kawan-kawan di mana tiada istilah double standard untuk individu tertentu.

“Kami menawarkan jaminan harga mampu milik dengan produk yang berkualiti. Item yang ditawarkan bermula serendah RM15 sehingga RM129 sahaja. Pelanggan pasti jatuh cinta dengan khidmat dan produk yang kami sediakan,” jelasnya.

Terletak di jalan utama menuju ke bandar Kemaman, Bulan Madu Boutique menghimpunkan seleksi busana muslimah dengan pelbagai rekaan terkini.

Paling menarik, himpunan di butik ditawarkan buat semua peringkat umur bermula dengan saiz xs hingga xxxl di mana koleksi  baharu dikeluarkan setiap dua minggu.

Didatangkan dengan rekaan stylo,sweet and catchy, ia menepati cita rasa golongan wanita hari ini. Helaian shawl dan bawal cotton candy mudah bentuk dan tidak renyuk juga antara koleksi yang mendapat perhatian kalangan hijabi.

Bulan Madu Boutique sesuai untuk kunjungan sekeluarga.

Hadir dengan tagline ‘Aku Jatuh Cinta’, Bulan Madu Boutique beroperasi setiap hari kecuali Jumaat termasuk cuti umum dari 10 pagi hingga 6.30 petang.

Menjelaskan tentang perancangan bisnes pada masa hadapan, Ili dalam usaha untuk menjadikan Bulan Madu Boutique sebagai salah satu platform kepada masyarakat di luar sana memulakan bisnes bermula dengan menjadi dropship kepada produk keluaran Bulan Madu Boutique.

Hanya dengan syarat minima, kaedah dropship ini berkonsepkan ‘berniaga tanpa modal, anda usaha anda dapat’.- HF

error: Content is protected !!