Perlu ke tidak bawa 7 benda ini sewaktu bercuti?

Sebut sahaja pasal melancong, mesti tergambar akan pemandangan cantik, budaya berbeza di setiap tempat dan makanan yang sedap-sedap. Destinasi tarikan pelancong yang wajib dikunjungi menjadi agenda penting dalam jadual. Sudah pasti, momen-momen menarik ini perlu diabadikan sebagai kenangan terindah. Bayangkan jika anda berlibur tanpa sebarang gajet…mustahil bukan?

Melancong antara aktiviti yang paling digemari masyarakat hari ini.

Bunyinya seakan hampir mustahil. Di sinilah pentingnya alat komunikasi digital termasuk kamera, ipad, telefon pintar, notebook serta pelbagai lagi alat elektronik lain dengan setiap fungsi khusus. Jom lihat antara gajet popular yang sering dibawa bersama ketika anda melancong.

Telefon pintar memudahkan segala urusan.

TELEFON PINTAR

Zaman sekarang telefon bimbit bukan sahaja digunakan sebagai alat perhubungan semata bahkan penting untuk kegunaan lain seperti melayari internet, mendengar muzik dan fungsi paling popular bertindak menggantikan kamera fizikal. Dengan aplikasi yang pelbagai, telefon pintar mendahului gajet-gajet lain.

Go Pro bersaiz kecil, mudah dibawa ke mana-mana

KAMERA / GO- PRO

Bawa kamera DSLR atau Go-Pro. Jika anda tidak memiliki telefon pintar seperti iPhone, kamera adalah sangat penting untuk mengabadikan setiap detik indah anda melancong bersama orang tersayang. Gambar kenangan yang diambil boleh dibingkaikan menghiasi di segenap ruang kediaman anda.

Powerbank adalah ‘nyawa’ kepada gajet anda.

PENGECAS MUDAH ALIH

Pengecas mudah alih atau powerbank sangat penting terutamanya untuk telefon pintar. Powerbank dengan kapasiti lagi besar lagi bagus kerana anda tak perlu bimbang kehabisan bateri telefon. Sepanjang liburan, semestinya anda menggunakan telefon pintar anda pada kebanyakan masa dan powerbank adalah ‘nyawa’ kepada telefon anda!

Bagi kebanyakan orang, ipad bukanlah item wajib yang perlu dibawa.

KOMPUTER RIBA / IPAD

Fungsinya sama seperti aplikasi gajet yang lain yang mempunyai isian program yang lengkap untuk melengkapi rutin libur anda seharian. Anda boleh mengambil gambar, merakam video, mudah untuk memindahkan data, bermain permainan internet dan sebagainya.

Ipod amat sesuai dengan jiwa orang muda.

IPOD

Lebih kepada segi hiburannya, iPod antara pilihan gajet yang mudah dibawa ketika melancong kerana saiznya yang kecil. Sama juga fungsi dan aplikasi dengan gajet lain, ipod amat sesuai dengan jiwa pelancong muda yang mahu menikmati liburan dengan penuh keseronokan.

HEADSET / EARPLUG

Ada yang gemar berjalan-jalan sambil mendengar alunan muzik. Jika membawa gajet anda yang lain, jangan lupa bawa headset atau earplug bersama agar anda boleh menikmati rentak muzik pilihan di mana- mana dan bila-bila masa sahaja.

Travel plug adalah solusi tepat bagi anda yang suka melancong.

TRAVEL PLUG

Satu lagi gajet wajib ada ketika anda pergi bercuti. Travel plug ini amat berguna sepanjang aktiviti melancong. Ia memudahkan anda untuk mengecas telefon bimbit, kemera digital dan untuk kegunaan gajet-gajet yang lain.- HF

 

error: Content is protected !!