PU AZMAN seronok bawa watak 'CIK MUIZ' dalam drama terbaharu LELAKI KIRIMAN TUHAN

Pendakwah bebas, PU Azman yang kini aktif meneroka bidang lakonan akan muncul dalam drama terbaharu, Lelaki Kiriman Tuhan bergandingan dengan pelakon popular, Remy Ishak dan Mira Filzah. Bercakap tentang drama yang bakal bersiaran di slot Raihana, saluran Astro Oasis dan Maya HD pada Oktober nanti, PU Azman seronok kerana watak ‘Cik Muiz’ bukanlah watak klise seorang ustaz yang pernah dibawanya dalam drama-drama sebelum ini.

PU Azman kini semakin aktif dalam bidang lakonan.

Meraikan kepelbagaian cara dalam berdakwah, PU Azman menganggap penglibatannya dalam drama arahan Rashid Sibir itu sebagai satu bentuk dakwah yang indirect. Jika kemunculannya dalam drama sebelum ini sinonim dengan watak ustaz, namun kali ini dia teruja kerana dapat keluar dari kepompong membawakan watak berbeza.

“Menariknya saya tidak berlakon sebagai ustaz dalam drama ini. Watak saya sebagai Cik Muiz ialah pengurus resort milik keluarga Naira iaitu watak yang dimainkan Mira Filzah.

“Cik Muiz seorang lelaki biasa yang cool dan menjadi penjaga Naira sejak kematian bapa gadis itu.

“Dalam drama ini saya berpeluang bekerja dengan pelakon yang dah lama saya minati seperti Kartina Aziz dan Jasmin Hamid.

“Pelakon-pelakon senior ini kalau berlakon dan menghayati watak memang dasyat.

“Pelakon lain termasuk Remy Ishak, Mira Filzah dan Rozita Che Wan juga tidak kurang hebatnya. Saya rasa sangat bertuah dapat bekerja dengan mereka.

“Walaupun ada sedikit rasa segan, tetapi saya selesa berlakon dengan nama-nama popular ini kerana mereka sangat sporting dan profesional.

Antara babak yang membabitkan PU Azman dan Mira Filzah dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan.

 

PU Azman teruja kerana berpeluang berlakon dengan nama hebat seperti Remy Ishak.

“Asalkan tidak ada babak pegang-pegang dengan pelakon wanita, saya amat terbuka soal watak,” kongsinya tentang drama terbaharu terbitan Zeel Production itu.

Apa yang menariknya, drama ini akan menyediakan tazkirah ringkas di penghujung setiap episod. Menurut PU Azman lagi, hasil perbincangan dengan pihak produksi, pendekatan itu adalah sebagai nilai tambah kepada para penonton yang bukan sahaja menonton untuk sekadar hiburan malah turut mendapat input bermanfaat.

“Saya melihat usaha ini sebagai satu perkembangan yang sangat baik kerana penonton bukan sahaja disajikan dengan hiburan semata-mata tetapi pada masa yang sama, ada banyak mesej positif yang hendak dikongsikan,” ujarnya ketika dihubungi HF.

 

Foto: Zulfaiz Zakaria 

error: Content is protected !!