Punyai pakej lengkap 'Beauty with Brain', LILFARAAAAH kongsi sebab utama jadi model muslimah

Bidang modeling muslimah kini antara kerjaya yang paling diminati golongan hijabi yang memiliki pakej lengkap. Bukan sekadar berbekalkan seraut wajah yang cantik dan menawan, kebanyakan mereka datang dengan dengan bonus beauty with brain.

Walaupun berkelulusan tinggi dan mempunyai latar pendidikan yang menarik namun ramai di antara mereka memilih untuk menjadi model muslimah. Jom tanya Farah yang cukup popular di laman sosial instagram dengan nama Lilfaraaaah ini apa sebab utama dia mahu menjadi model sambilan.

Mula jatuh cinta dalam bidang peragaan selepas menjadi model untuk satu butik.
Bidang modeling dapat meningkatkan kemahiran sosial dan keyakinan diri Farah.

Kongsikan sebab utama anda menceburkan diri dalam bidang modeling?

Pada mulanya saya hanya mahu mencuba nasib. Selepas berpeluang menjadi model untuk satu butik, saya mula jatuh cinta dalam bidang ini. Kini saya aktif dan mendapat tawaran modeling daripada pelbagai pihak. Ramai yang kata wajah saya fotogenik, tambahan pula saya memang suka bergambar. Selain dapat mengisi masa lapang, bidang ini banyak membantu saya meningkatkan keyakinan diri  dan kemahiran bersosial.

Anda akan menjadi sangat cerewet jika…?

Apabila saya melihat sesuatu yang tidak kemas contohnya seperti meja alat solek saya tidak teratur dan bersepah, saya akan terus menyusun atur semula sehingga kemas dan cantik.

Kelebihan dan kekangan kerjaya sebagai seorang model muslimah?

Antara kelebihan adalah dapat mempelajari pelbagai jenis gaya tudung dan dapat menggayakan pakaian daripada pelbagai fesyen dan jenama. Manakala kekangan yang saya hadapi adalah pembahagian masa. Ada kalanya saya terpaksa menolak tawaran modeling kerana saya perlu fokus kepada kerjaya.

Antara pakaian berjenama, alat solekan berjenama dan aksesori berjenama, yang mana satu menjadi keutamaan anda?

Saya seorang yang simple dan minimal tetapi saya akan memakai pakaian, alat solek dan aksesori yang berjenama mengikut keperluan. Ketiga-tiga item ini akan menjadi keutamaan terutamanya apabila saya menghadiri pertunjukan fesyen, sesi fotografi atau OOTD.

Tiga perkara yang ingin diperbaiki tentang diri anda?

– Menjadi lebih sabar

– Lebih berfikiran positif

– Mengurangkan aktiviti membeli belah barang yang tidak perlu

  

PROFIL

Nama penuh: Nur Farah Shaharudin
Tarih lahir: 14 Julai 1995
Asal: Pulau Pinang
Keluarga: Bongsu daripada enam beradik
Pendidikan: Ijazah Undang-Undang & Perdagangan, Management & Science University (MSU)
Idola: Withloveleena
Hobi: Fesyen, memasak, modeling & mekap
Kerjaya: Eksekutif Insurans, model sambilan & usahawan online
Prinsip hidup: Be kind to others & always stay humble

 

 

 

Kredit Foto: Koleksi peribadi Farah Shaharudin

error: Content is protected !!