Rai Ramadan dengan NISSA HIJAB EXCLUSIVE

Idea rekaan hijab tidak akan pernah tandus sementelah pereka-pereka fesyen hari ini akur dengan peri pentingnya fesyen hijab bagi memenuhi keperluan dan cita rasa muslimah yang semakin sofistikated, namun pada masa sama tetap mengutamakan ciri sopan dan sederhana dalam bergaya. Koleksi NISSA HIJAB EXCLUSIVE anggun digayakan lebih-lebih lagi dalam keterujaan menyambut bulan mulia Ramadan tidak lama lagi.

 

Suntikan cetakan bunga pada latar rona tanah beri dimensi segar pada penggayaan hijabmu. Pasti sahaja membangkitkan mood segar pada bulan mulia ini.

Keanggunan penuh pesona tambah berseri dengan sentuhan cetakan bunga. Rona lembut dan gelap membelai jiwa.

Paduan harmoni dengan rona nan memikat. Sama ada pilihan awning sedondon rona atau awning rona kontra, kedua-duanya pasti menggamit kalbu.

Dari pejabat ke iftar, tudung sarung siap praktikal digayakan. Terpamer manis dan sopan, helaian hijab corak penuh menonjolkan aura feminin.

Wanita hari ini sememangnya bersifat multi-tasking. Serba-serbi harus pantas. Justeru, penggayaan tudung juga perlu lebih cepat, ringkas, cantik dan elegan. Nissa Hijab Exclusive, pilihan terbaik buatmu yang praktikal dan bergaya.

Elemen paling penting untuk kaum wanita. Bahagian muka terbentuk cantik dengan helaian awning lembut yang sangat selesa dipakai.
error: Content is protected !!