RAISSA TWINS, anak kembar FARAHANIM yang “cuteness overload”

Siapa yang tak naik geram bila tengok bayi kembar yang sangat comel dan dah mula faham bila nama mereka dipanggil.

Comel sungguh Amina dan Amira, cair hati melihatnya.

Melihat keletah Amina Raissa dan Amira Raissa iaitu puteri kembar kepada pasangan Juara Hijabi Mestika musim pertama yang juga pengacara TV Al-Hijrah, Farahanim Razak dan Dr. Arif Aizudin memang boleh mencairkan hati ramai orang.

Menerusi video yang dikongsikan Farahanim dalam akaun instagramnya, netizen sangat terhibur dengan aksi comel Raissa Twins yang menunjukkan respon apabila nama mereka dipanggil ibunya.

“Amira…Amina…Amira…Amina, look at mommy!” 

Serentak kedua-duanya mendongak dan memandang kepada ibunya…sangat comel!

Sementara itu, di ruangan caption Farahanim bertanya kepada pengikut instagramnya sekiranya ada tip yang boleh dikongsi untuk mengelakkan anak-anak bergaduh berebut barang permainan walaupun sudah dibelikan setiap seorang.

Raissa Twins kini sudah menginjak 6 bulan lebih.

Rata-rata netizen cukup sporting dengan meninggalkan komen-komen beserta tip dan ramai juga yang mengakui aksi pasangan kembar tersebut sangat mencuit hati.

Terhibur bila melihat telatah kembar comel ini yang saling berebut toys yang disediakan walaupun masing-masing sudah ada setiap seorang.

Kebahagian Farahanim dan Dr.Arif Aizudin bersama bayi kembar mereka.

Semoga Raissa Twins yang dilahirkan pada 24 Januari 2017 ini membesar dengan sihat dan bijak serta terus membahagiakan kedua ibu bapanya.-HF

error: Content is protected !!