Rezeki Awal Muharam..AYU RAUDHAH umum hamil anak ke-4

Industri hiburan terus meriah dengan pengumuman berita gembira di kalangan selebriti tentang kehamilan masing-masing. Terbaharu, giliran pelakon Ayu Raudhah yang juga adik kepada selebriti sensasi Rozita Che Wan pula memaklumkan sedang hamil anak ke-empat.

Ayu mengumumkan yang dia kini hamil 19 minggu di akaun Instagramnya petang semalam dengan memuat naik sekeping foto sedang mengusap perutnya. Perkongsian tersebut dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya termasuk rakan-rakan artis.

“Rezeki Allah tu datang dalam pelbagai bentuk…#syukuralhamdulillah #19weekspregnant #laurazuleykhanakjadikakak #awalmuharam #suaminakanakqamai #Allahpunbagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Nampaknya kehadiran tahun baru Awal Muharam disambut dengan berita yang sangat mengujakan buat Ayu dan seisi keluarganya. Makin meriahlah rumah tangga pasangan ini dengan riuh rendah anak-anak yang ramai.

Meriah dengan kehadiran cahaya mata yang menjadi pengikat kasih sayang
Keluarga bahagia Ayu Raudhah dan Zaquan Adha
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011

Ayu dan suaminya, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abdul Razak berkahwin pada 21 Januari 2011. Mereka sebelum ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Mungkin Zaquan inginkan 11 orang anak untuk tubuhkan satu pasukan bola sepak. Apa salahnya kan? Semoga keluarga ini terus bahagia dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik untuk baby dalam kandungannya.- HF

 

Kredit foto: Instagram @ayuraudhah_7

error: Content is protected !!