Risiko Jeans Ketat!

Dalam satu kajian kes Journal of Neurology Neurosurgery & Psychiatry, para doktor mengisahkan seorang wanita berusia 35 tahun tiba di hospital Royal Adelaide, Australia. Wanita tersebut mengadu rasa lemah pada buku lali dan kaki sehingga menyukarkan dia untuk berjalan. Kedua-dua kakinya juga membengkak dari paras bawah lutut sehingga memaksa doktor menggunting seluar jeans yang dipakainya.

Menurut pesakit wanita tersebut, masalah kesihatan bermula sehari sebelumnya semasa dia sedang membantu saudaranya berpindah rumah, mencangkung beberapa jam untuk mengosongkan beberapa almari. Seperti kebanyakan wanita muda, dia mengenakan jeans ketat semasa melakukan tugas-tugas berkenaan. Dia masih teringat perasaan tidak selesa sepanjang masa melakukan pergerakan.

Mencangkung & Jeans Ketat
Para doktor mendapati simptom-simptom yang ditunjukkan pesakit tersebut adalah disebabkan kerosakan saraf pada kedua-dua kaki. Ia diakibatkan dua faktor iaitu gabungan perbuatan mencangkung dengan jeans ketat, jelas penulis kajian Thomas Kinder, MD, neurologis di Royal Adelaide Hospital dan professor associate di Jabatan Perubatan, University of Adelaide.

“Perbuatan mencangkung menyebabkan saraf-saraf peroneal di bahagian bawah kaki tertekan, mengurangkan pengaliran darah ke bahagian otot-otot buku lali. Jeans ketat pula bermakna apabila otot-otot buku lali mula membengkak, ia pula menekan saraf-saraf ‘tibial’ bersebelahan dan seterusnya menjejaskan lagi peredaran darah pada otot-otot,” jelas Dr Kinder.

Akhirnya keadaan di atas menghasilkan sindrom ‘compartment’ yang terjadi apabila terdapat peningkatan tekanan dalam salah satu ‘compartments’ (bahagian) tubuh yang mengandungi otot-otot dan saraf-saraf. Tekanan berkenaan menjejaskan pengaliran darah yang membawa khasiat-khasiat utama dan oksigen kepada sel-sel, seterusnya mengakibatkan pembengkakan dan kerosakan berlarutan pada otot-ototo yang sedia bengkak.

Buat Pilihan Bijak
Sekiranya wanita di atas memakai seluar sukan (jenis memeri) atau berpotongan  longgar semasa melakukan banyak pergerakan, jelas Dr Kinder lagi, otot-otot buku lali akan membengkak ke sebelah luar dan bukan ke dalam lalu mengelak penekanan terhadap saraf-saraf dan urat darah.

Memandangkan laporan perubatan sebelum ini tidak pernah menunjukkan  perbuatan mencangkung semata-mata boleh mengakibatkan kerosakan saraf-saraf tibial atau bengkak otot-otot buku lali yang serius maka, doktor telah mengenal-pasti bahawa jeans ketat (skinny jeans) adalah penyebab utama.

Rawatan Drip IV
Rawatan bagi keadaan pesakit di atas (bengkak buku lali) adalah lama tetapi mudah. Pesakit tersebut diberi ‘Drip IV’ selama empat hari sebelum dibenarkan keluar dari hospital. Kata Dr Kinder,”Ini adalah perlu kerana kerosakan otot-otot telah emnimbulkan keadaan dinamakan ‘rhabdomyolsis’ atau pemecahan gentian-gentian otot yang teruk. Sekiranya tidak dirawat dengan hidrasi IV, ada kemungkinan ia akan merosakkan buah pinggang.”

Apakah pengajarannya di sini? Dr Kimber menasihatkan wanita yang memakai jeans ketat (skinny jeans) mengelak perbuatan mencangkung terlalu lama. Beri perhatian pada kaki anda apabila ia berasa tidak selesa semasa memakai seluar ketat. “Apabila kaki anda mula rasa ‘tingling’ (atau kebas-kebas) atau tidak selesa, anda seharusnya berdiri dan berjalan bagi melancarkan peredaran darah serta mengelak kaki bengkak.”

Ini bukan kali pertama memakai jeans atau seluar ketat dianggap tidak sihat. Dr. John Michael Li, pakar neurologis di Rush University Medical Center, Chicago, berpendapat ramai orang mengalami sindrom ‘seluar ketat’. Atau perut rasa tidak selesa, kembung dan ‘pedih ulu hati’.  Ia juga boleh terjadinya keadaan  ‘meralgia paresthetica’ atau rasa kebas pada bahagian bawah kaki. Apapun, anggaplah ‘masalah kesihatan’ ini satu peluang untuk membuat pilihan lebih bergaya dan sihat dengan memakai seluar ‘boyfriend jeans’, seluar yoga, sukan atau gaya terkini seluar berpotongan lebar.

error: Content is protected !!