Rutin KURUS & SIHAT 7 Hari

Amboi seronoknya beraya dan menikmati aneka juadah yang terhidang. Bagaimana dengan misi untuk eat clean and healthy? Apabila segala jenis lemang, ketupat, rendang, kuih-muih raya mahupun sup tulang, sup gearbox dan bermacam-macam sajian daging korban terhidang di depan mata, misi pun terbang entah ke mana. Nah, hijabi yang juga merupakan instruktor kecergasan dan POP Pilates, Firzanah Firdaus berkongsi pendapat dan cara untuk kembali mengamalkan rutin sihat.

Firzanah Firdaus

Ada tanggapan bahawa kita boleh makan apa sahaja, yang penting bersenam. Pandangan anda?
Ideologi ini sangatlah palsu kerana tahukah anda, penampilan badan kita merupakan hasil 80% pemakanan sihat dan 20% bersenam. Saya sangat tidak setuju dengan semua trend diet ekstrem seperti Atkins Diet, teh detoks dan seumpamanya. Hasilnya hanyalah sementara dan jauh sungguh daripada kategori sihat. Sebaiknya kita mengikuti cara pemakanan seimbang. Ingat tak piramid makanan yang kita belajar di sekolah rendah dulu? Aplikasikanlah ia semula. Sebelum menyambung pengajian di London, saya pun tak pernah faham konsep diet seimbang ini sepenuhnya, tetapi sekarang ia telah menjadi tabiat setiap hari. 

Jadi, apakah sebenarnya diet seimbang ini?
Untuk saya, cara pemakanan ini sangat ringkas dan mengandungi tiga langkah utama. Pertama sekali, pilih makanan yang wholefoods, dan kurangkan makan makanan yang telah diproses contohnya nugget, sosej dan seumpamanya.  Langkah kedua pula, pastikan setiap hari kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Akhir sekali, utamakan konsep kesederhanaan. Janganlah terlalu obses mengikut langkah pertama dan kedua tadi sehingga tidak makan kuih muih raya kerana mahu mengikut diet seimbang sepenuhnya. It’s okay to indulge in moderation once in a while.

Cara senaman yang boleh anda cadangkan?
Sebelum memberikan cadangan senaman, ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu. Pertama sekali, mengecilkan sesuatu bahagian spesifik badan seperti ‘nak kuruskan paha ataupun perut je’ tidak wujud. Ini kerana badan kita akan, ‘shred fats throughout the WHOLE body’ dan bukannya di satu bahagian tertentu sahaja. Ideologi bersenam kardio, iaitu berlari di atas treadmill untuk kurus merupakan satu fahaman yang palsu. Sebaliknya, cara paling efektif untuk menurunkan berat badan ialah menerusi aktiviti HIIT iaitu High Intensive Interval Training. Sebagai contoh, berlari secara sprint interval ataupun berlari dengan pace dan cerunan berbeza jauh lebih bermanfaat daripada lari pada pace yang sama tanpa cerun. HIIT biasanya datang dalam bentuk circuits seperti 4 exercise, 4 set dalam jangka masa yang sangat singkat. Dengan ini, kita bukan sahaja dapat berpeluh dengan lebih banyak, malah dapat menjimatkan masa.

Tip senaman dan kecergasan yang mahu dikongsikan?
Selalu ingat bahawa setiap orang itu berbeza. Rutin kecergasan yang saya kongsi ini, tidak sepertinya kena dengan apa yang awak suka. Oleh itu, saya sarankan anda explore semua jenis senaman seperti zumba, yoga, weightlifting, pilates dan sebagainya sehingga anda berjumpa salah satu yang anda betul-betul suka. Tapi kalau anda masih tidak pasti, bolehlah ikut jadual yang saya sediakan istimewa untuk #HFLovers ini!

#ISNIN
Orang selalu kata, Isnin ialah ‘monday blues’. Tapi kita akan mulakan hari pertama dengan BOOM!  Sertai kelas berkumpulan seperti zumba, kickboxing mahupun spinning dan serap motivasi daripada orang yang kita jumpa di kelas tersebut dengan harapan motivasi itulah yang akan mendorong anda untuk workout sepanjang minggu. Tapi yang paling penting, pastikan kumpulan yang anda sertai itu dalam bentuk high intensity dan bukan seperti yoga atau pilates. Jika tidak pasti apa yang patut disertai, download aplikasi KFIT! Di situ, anda akan dapat cuba mana-mana kelas hanya untuk RM 10!

#SELASA
Kita akan memperlahankan sedikit rentak pada hari Selasa, iaitu hari untuk LISS – Low Intensity Steady State. Contoh aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berjalan kaki, light jog, pilates, yoga atau pun berenang.

#RABU
Kita akan bersambung semula dengan jenis senaman yang berbentuk high intensity. Mungkin ramai yang tidak bergitu biasa dengan HIIT (High Intensive Interval Training) jadi pada permulaan ini, disarankan ikut sahaja video YouTube yang bukan sahaja percuma, malah efektif! Antara laman YouTube yang sangat sesuai untuk HIIT workouts ialah XHIT Daily, The Body Coach dan FitnessBlender. Pilih sahaja tiga hingga empat video untuk diikuti dalam masa lebih kurang sejam. Selain daripada YouTube, anda juga boleh mencuba sprinting, swimming atau cycling interval pada hari ini.

#KHAMIS
Setelah tiga hari badan kita bergembira dengan peluh, semestinya ia perlukan rehat. Oleh itu, Khamis dan Ahad adalah ‘Rest & Rehab Day’. Rehab, iaitu melakukan aktiviti seperti deep stretching, yoga ataupun foam rolling adalah amat disyorkan untuk meregangkan kembali otot-otot badan kita. Cadangan saya, peruntukkan satu hari contohnya Ahad untuk rehat sepenuhnya dan satu lagi hari iaitu Khamis untuk lakukan rehab routine tadi.

#JUMAAT
Kita bertemu semula dengan LISS pada Hari Jumaat. Tetapi kali ini, untuk membuatkan hari itu lebih menarik, saya sarankan anda melakukan outdoor LISS. Sebagai contoh, mengayuh basikal di Taman Botani Shah Alam ataupun mendaki tangga Batu Caves. Bukan sahaja dapat meneroka tempat lokal baharu, malah dapat juga bersenam.

#SABTU
Pada hari Sabtu, apa kata anda keluarkan peluh dengan melakukan hobi aktif yang anda gemari. Jangan stress untuk bersenam ‘by the books’ sahaja! Tambahan pula semestinya anda mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga ataupun kawan-kawan pada hari Sabtu. Justeru, daripada anda menghabiskan masa outing di pusat membeli-belah, menonton wayang apa kata ajak mereka membuat active outing seperti pergi rock climbing mahupun pergi volunteer di sesuatu tempat. Dengan ini anda akan banyak bergerak dan secara tidak langsung, dapat juga bersenam.

PROFIL

– Pelajar Tahun Kedua di London School Of Economics, United Kingdom
– Certified Fitness Instructor dan Certified POP Pilates Instructor
– Tenaga pengajar POP Pilates universiti di London
– Blog : www.firzanah.com
– Youtube : Firzanah
– Instagram : @firzanah

error: Content is protected !!