Selamat bergelar ibu...AYRA ANEESAH nama bayi sulung UMMI NAZEERA

Pelakon jelita Ummi Nazeera selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari pada jam 11.37 malam, 22 Ogos lalu di Hospital Serdang sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor.

Terdahulu Ummi yang cukup terkenal dengan watak Alisha dalam drama Patahnya Sebelah Sayap,  berkongsi wajah bayi sulungnya itu yang dipanggil ‘BabyAA’ dalam muat naik di instagramnya dua hari yang lalu.

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 28, melahirkan Ayra Aneesah secara pembedahan pada usia kandungan mencecah 34 minggu.

Ummi dan suami menamakan bayi sulung mereka dengan nama yang cukup indah iaitu Ayra Aneesah Mohd Izzar Anwari.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Anak dan saya dalam keadaan sihat dan sempurna.

“Saya bersalin awal sebulan daripada tarikh yang dijangka doktor,” katanya yang kini dalam tempoh berpantang.

Saat manis Ummi dan Dr. Izzar pada majlis persandingan setahun yang lalu.

Ummi dan suaminya, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 31, berkahwin pada 23 Julai tahun lalu.

Ummi yang berehat daripada aktiviti lakonan selepas berkahwin bakal muncul dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Red Films pada 25 Oktober ini. – HF

Kredit foto: Instagram @umminazeera

error: Content is protected !!