Shopping sakan di GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Jika sebelum ini kunjungan ke Genting Highlands yang juga sinonim dengan nama kota keriangan disifatkan sebagai lokasi untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tersayang. Lazimnya pada musim cuti sekolah, waktu inilah selalu ibu bapa bawa anak-anak bercuti dan inilah waktu yang ideal untuk berseronok!

Sejak tahun lepas, Genting Highlands tidak lagi sekadar taman tema gah untuk berseronok dan bercuti santai. Kemunculan Genting Highlands Premium Outlets sekali gus menjadi daya tarikan baharu buat pelancong bukan sahaja dari dalam negara malah mampu menarik perhatian pelancong luar. Butik-butik mewah yang tampil dengan pelbagai tawaran harga istimewa dan jualan yang gila-gila seakan memanggil dan merayu pengunjung untuk mencuci mata di Genting Highlands Premium Outlets.

Dibangunkan dengan kos RM200 juta, Genting Highlands Premium Outlets meliputi kawasan tanah seluas 600,000 kaki persegi dan menampilkan lebih 150 stor pereka berjenama yang menawarkan penjimatan yang amat hebat sehingga 65 peratus setiap hari kepada pengunjung.

Menampung keperluan pasaran Malaysia kawasan Tengah dan Timur, lokasi strategik Genting Highlands Premium Outlets di dalam Genting Highlands akan melonjakkan lagi daya tarikan Genting Highlands sebagai destinasi pelancongan dan percutian utama yang menarik lebih kurang 20 juta pelawat setiap tahun.

Berlokasi strategik hanya 45 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, Genting Highlands Premium Outlets mengetengahkan barisan jenama seperti Adidas, Asics, Aigner, Brooks Brothers, Calvin Klein, Coach, Davidoff of Geneva, Florsheim, Furla, Godiva, Guess, Hackett London, Hamleys, Hugo Boss, Kate Spade New York, Moschino, Michael Kors, New Balance, Onisuka Tiger, Typo, Oroton, Polo Ralph Lauren, Reebok, Puma, Samsonite, Sacoor Outlet, Superdry, Swatch, TANGS Outlet, Tumi, Under Armour, Victoria’s Secret dan banyak lagi.

 

Para pengunjung tidak perlu khuatir tentang hal makan minum kerana di sini terdapat pelbagai pilihan restoran dan kafe termasuk Absolute Thai Highlands, Baskin-Robbins, Dome Cafe, George & Dragon Cafe, Juan Valdez Cafe, Kampachi Japanese Restaurant, Madame Waffle, Pao Xiang Bah Kut Teh, Starbucks Coffee, Wendy’s dan lain-lain yang pastinya menepati selera anda yang berbeza.

Genting Highlands Premium Outlets dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Untuk maklumat pelawat, sila layari www.premiumoutlets.com.my bagi senarai lengkap stor semasa, perkhidmatan pelanggan, waktu perniagaan, tarikan tempatan dan penginapan.- HF

error: Content is protected !!