Wajah manisnya seringkali menjadi pilihan butik-butik muslimah bagi menggayakan koleksi busana mereka. Orangnya kecil molek, di tambah dengan wajah ala pelakon korea yang sweet dan comel. Jom baca 6 soalan tentang Liyana Bakarudin!

Liyana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

1.Siapakah personaliti dalam dan luar negara yang menjadi inspirasi anda?
Vivy Yusof sebab suka tengok cara dia kendalikan bisnes dari mula sampai sekarang dan Selena Gomez, walaupun kaya dan terkenal tetapi orangnya nampak sangat sederhana.

2.Adakah kelulusan anda selari dengan apa yang anda lakukan hari ini?
Saya belajar Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dan mempunyai perniagaan online di Instagram iaitu @liyana.bk untuk mengisi waktu lapang dan In Shaa Allah saya akan lebih fokus dan serius kepada perniagaan selain menjadi model Muslimah.

3.Anda menamatkan zaman bujang di kala sedang meniti fasa popular sebagai model Muslimah. Pendapat anda mengenainya?
Rezeki, jodoh di tangan Allah. Jadi saya tidak pernah menganggap sebuah perkahwinan akan menjejaskan populariti dan kerjaya sebagai seorang model. Saya seorang yang ikut flow dan alhamdulillah semua aturan berjalan dengan lancar.

4.Tiga menu pilihan yang kalau tidak ada dalam menu harian boleh menyebabkan mood anda down.
– Sambal belacan
– Udang
– Ayam

5.Binatang yang paling anda takut?
Ular…takut kena patuk.

Anak ke-3 daripada 7 beradik, Liyana gemar melancong jika ada masa terluang.

6.Banyak berjalan di dalam dan luar negara, kongsikan nasihat atau tip untuk rakan di luar sana yang gemar melancong?
Bawa pakaian yang senang dan selesa. Tidak kira dalam atau luar negara tetapi pastikan ada biskut atau coklat dalam beg. Dikhuatiri susah mencari tempat makan jadi ada makanan untuk mengalas perut. Selain itu, asingkan duit belanja.

**kredit foto: Koleksi Liyana Bakarudin

Categories: Gaya Hidup