SOFEAROSE jalin kerjasama dengan MAKNA tanda sokongan untuk kempen The Strongest Pink

Sempena bulan kesedaran kanser payudara sedunia yang disambut pada Oktober setiap tahun, pengeluar jenama hijab dan pakaian Muslimah, Sofearose mengambil inisiatif menjadi jenama lokal pertama mengadakan sebuah program CSR sebagai tanda sokongan terhadap kempen Pink October yang dinamakan The Strongest Pink.

Pelbagai aktiviti menarik telah dikongsi sepanjang majlis The Strongest Pink yang telah dihadiri lebih 100 tetamu.
Kerjasama ini bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada tabung MAKNA melalui jualan set hijab ekslusif, Clara Luxe oleh Sofearose.

Kempen selama sebulan bermula 6 Oktober hingga 6 November ini turut disokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA), sebagai rakan NGO yang bergiat aktif dalam memperjuangkan pesakit kanser.

Kerjasama ini bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada tabung MAKNA melalui jualan set hijab ekslusif, CLARA LUXE bernilai RM120 setiap satu di mana sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada tabung NGO tersebut.

Ketua Pengarah Urusan Sofearose, Muhammad Zaki Yusof berkata, inisiatif melancarkan kempen The Strongest Pink timbul selepas melihat kepada statistik penghidap barah payudara yang semakin membimbangkan saban tahun.

“Kami mahu menjadi salah satu medium menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang kesedaran pencegahan kanser payudara dan pentingnya sokongan masyarakat kepada pesakit kanser.

“Saya sendiri mempunyai kakak yang baharu diisytihar bebas daripada kanser payudara tahap empat. Saya faham betapa mereka memerlukan komuniti untuk memberi sokongan moral kepada mereka.

“Saya mewakili Sofearose menyatakan sokongan padu kepada pesakit kanser payudara dan berharap agar kolaborasi seperti ini dapat dilakukan oleh banyak lagi label tempatan selepas ini.

“Kami sengaja memilih material satin matte untuk koleksi Clara Luxe sebagai simbolik betapa kami memperkasa wanita dan menghargai mereka,” katanya ketika ditemui dalam majlis perasmian The Strongest Pink, Sabtu lalu.

Sementara itu, set eksklusif Sofearose boleh didapati bermula 6 Oktober di butik Sofearose yang terletak di Melawati Mall dan Bangi Sentral. Manakala pembelian secara dalam talian bermula 8 Oktober.

Perkongsian pengalaman daripada pesakit kanser bersama team Sofearose.
Pejuang kanser tahap 4, Puan Aimi sebak ketika menerima kejutan daripada suami tercinta semasa sesi perkongsian.
Antara luahan daripada individu yang kehilangan ramai ahli keluarga akibat kanser di dalam slot Hadith Open Mic.

Segmen tutorial hijab bersama duta Sofearose, Sharifah Rose.

Pelbagai aktiviti menarik berlangsung sepanjang majlis The Strongest Pink yang telah dihadiri lebih 100 tetamu. Antaranya perkongsian kisah daripada cancer survivor, cancer fighter serta luahan daripada individu yang kehilangan ramai ahli keluarga akibat kanser di dalam slot Hadith Open Mic dan ujian klinikal serta konsultasi percuma oleh MAKNA.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah wakil dari Fitness First yang telah berkongsi tip senaman dan kesihatan kepada pengunjung manakala duta Sofearose, Sharifah Rose yang telah mengadakan tutorial penggayaan hijab buat tetamu yang hadir.- HF

 

error: Content is protected !!