SYAZWANIE YAZIP kurus sebab sibuk jaga BABY

Bila bercakap perihal menjaga anak kecil, memang golongan ibu akan berdepan dengan bermacam-macam kerenah. Mana nak mandikan baby, menyusu, menyediakan kelengkapan, berjaga malam dan banyak lagi kerja-kerja menguruskan baby membuatkan ramai wanita yang bergelar ibu’langsing’ secara semula jadi.

Model muslimah yang comel lote ini juga tidak terlepas dengan pengalaman indah bergelar ibu buat pertama kalinya. Ramai yang kagum dengan Syazwanie Yazip yang kembali ke bentuk badan asal tidak lama selepas melahirkan permata hatinya pada 28 Februari lalu.

“Rupanya berat badan lebih cepat turun bila dah ada baby. Mungkin sebab baby saya menyusu badan sepenuhnya. Lagi pun sejak dah ada baby, masa tidur pun kadang tak cukup.

“Malam kena bangun kalau baby menangis atau nak menyusu. Mujurlah suami banyak tolong saya untuk uruskan baby. Tapi itulah nikmat sebenar bila dah bergelar ibu, penat macam mana pun kita tetapkan rasa bahagia,” kata Syazwanie.

Bayi comel yang diberi nama Lashira Auliya Syahiran, kini sudah menginjak lima bulan. Kecomelan Lashira menjadi perhatian pengikut-pengikut Syazwanie di instagram.

“Sekarang baby dah pandai meniarap, pandai bergurau dan ketawa kuat bila diagah,” kongsi Syazwanie tentang perkembangan terbaru Lashira.

Memikirkan banyak kes yang menyayat hati melibatkan bayi dan kanak-kanak di pusat jagaan, Syazwanie memilih untuk menjaga sendiri Lashira bersama suami dan keluarga terdekat.

“Saya memang jaga sendiri Lashira, kalau keluar bekerja pun saya bawa bersama dengan ditemani suami atau keluarga.

“Saya tak kisah kalau ada orang nak minta pegang baby ke nak dukung ke, tapi kena pastikan tangan bersih sebelum pegang baby,” ujarnya.

Kongsi Syazwanie lagi, sepanjang kehamilannya dahulu dia banyak amalkan minum susu kambing dan makan buah delima. Tak hairanlah bila Lashira lahir, ramai yang memuji kecantikan kulit bayinya yang bersih dan putih gebu.

Menyentuh tentang perkembangan terbaharu, Syazwanie bercadang untuk membuka butik sendiri dengan label Sesy.Co dalam masa terdekat.- HF

Kredit foto: Instagram @syazwanieyazip

error: Content is protected !!