Teknik pilih GINCU yang betul!

Wajah pucat boleh menyebabkan hari anda muram. Secalit warna pasti akan menceriakan dan mengubah mood sepanjang hari. Kali ini Mua popular Beeramza berkongsi tip mudah yang penting untuk pemilihan warna gincu sebagai pelengkap look harian anda!  Tip ini hanyalah sebagai garis panduan dan ketahuilah anda boleh mengubah fashion rules jika anda berkeyakinan dan berani mencuba.


Cuba dahulu sebelum beli
Pilihan warna gincu pasti membuat anda rambang mata. Jangan terburu-buru semasa membuat pilihan. Cuba dahulu warna pilihan di bibir bukan hanya mencalit di pergelangan tangan. Kebanyakan warna akan tampak berlainan di bibir. Pastikan anda membersihkan tester dahulu supaya lebih hygenic. Kalau anda ragu-ragu untuk terus mencuba di bibir, calitlah di hujung jari warna pilihan kerana hujung jari anda lebih hampir dengan warna bibir berbanding dengan pergelangan tangan anda.

Bersihkan dan cuba lagi
Pastikan anda meminta makeup remover atau losen untuk membersihkan warna gincu yang dicuba sebelum mencuba warna lain. Mencampur warna akan membuat anda lebih keliru!

Pencahayaan yang bagus
Semasa mencuba pastikan anda mempunyai cermin muka dan kawasan tersebut diterangi natural light atau lampu putih. Kerana pencahayaan yang tidak mencukupi atau suram akan mempengaruhi warna gincu. Cara lain yang berkesan ialah selfie selepas anda mencuba gincu anda! Anda pasti mahukan warna gincu yang membuat anda tampak menarik di foto.

Less makeup less hassle
Proses pemilihan warna akan menjadi sukar jika anda bersolek lengkap. Cuba bersolek nipis atau tanpa solekan semasa memilih warna gincu. Ini kerana jenis solekan dan pembayang mata yang kuat akan memberi kesan yang berlainan untuk sesetengah warna gincu. Warna yang mencerahkan wajah anda tanpa solekan adalah paling sesuai!

Count on second opinion
Kadangkala proses ini mengambil masa yang lama tambahan anda tidak berteman. Cubalah tanya pendapat orang sekeliling atau jurujual. Mereka semestinya lebih terbuka dan jujur memberi pendapat dan boleh memudahkan pemilihan warna yang sesuai untuk anda.

Have fun fun fun!
Eksperimen warna-warna yang anda tidak pernah terfikir untuk dicuba supaya anda tahu hasilnya! Anda pasti terkejut bagaimana warna gincu boleh mengubah karakter anda!

error: Content is protected !!