THE WEDDING HERITAGE tawarkan pakej lengkap sebarang majlis

Nak kahwin tetapi kos majlis semakin hari semakin tinggi. Mana nak fikir belanja untuk dewan, katering, busana pengantin, solekan, gubahan hantaran, pelamin, jurugambar dan cenderamata. Lebih mengecewakan apabila bajet yang dirancang menjadi lebih tinggi kerana terpaksa menempah daripada pihak yang berlainan.

Gagal mencari pakej yang bersesuaian dengan bajet anda? Jangan risau kerana The Wedding Heritage mungkin menjadi alternatif membantu anda mendapatkan pakej lengkap perkahwinan pada harga berpatutan.

The Wedding Heritage (TWH) terbina hasil gabungan idea pasangan suami isteri, Muhammad Azim Ishuddin dan isteri, Idayu Ideris sejak tiga tahun lepas. Ia bermula apabila pasangan ini menghadapi masalah mencari wedding planner yang menyediakan perkhidmatan lengkap.

“Kami gagal mencari one stop centre yang menawarkan pakej lengkap sebagaimana sepatutnya sebuah majlis persandingan berlangsung. Kalau jumpa yang sesuai pun, tetapi ada tokok tambahnya menyebabkan bajet lebih tinggi terpaksa dikeluarkan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis perasmian banglo ketiga The Wedding Heritage di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perkara yang sama turut diakui isterinya yang terkilan dengan masalah yang timbul kerana lebih banyak masa, tenaga dan juga wang ringgit dihabiskan bagi memastikan majlis perkahwinan mereka berjaya direalisasikan dengan baik pada waktu itu.

Pemilik The Wedding Heritage, pasangan suami isteri, Azim Ishuddin dan Idayu Ideris.

“Namun rentetan masalah yang timbul ada hikmahnya kerana daripada situlah timbulnya rezeki apabila lahirnya perniagaan The Wedding Heritage.

“THW menawarkan lokasi yang strategik  iaitu pilihan baglo atau kediaman mewah dan selesa selain perkhidmatan katering, kanopi, busana pengantin, dekorasi pelamin, bilik pengantin, khidmat jurugambar, solekan sehinggalah penyediaan cenderamata.

“Pendek kata, lengkap A to Z dan pengantin hanya perlu membawa badan sahaja sebab perkara lain semuanya akan diuruskan oleh TWH,” kongsi Azim lagi.

Sementara itu, menurut Idayu buat masa ini TWH menawarkan tiga buah banglo mewah untuk lokasi majllis iaitu di Kota Damansara, Putrajaya dan terkini di Jalan Lai Tet Loke 1 di Jalan Semarak, KL.

Menyentuh mengenai bajet, TWH menyediakan pakej lengkap serendah RM9,500 untuk 100 tetamu manakala RM29,500 untuk 1000 tetamu. Mereka boleh memilih sendiri warna tema dan konsep majlis yang diingini.

Selain majlis persandingan, TWH juga menawarkan khidmat dan lokasi untuk majlis-majlis lain termasuk majlis akad nikah, sambutan hari jadi, reunion, family day dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut tentang TWH, boleh lihat di instagram @theweddingheritage_official. – HF

FOTO: NOREEZA HASHIM 

error: Content is protected !!