Tip Solekan Mata

  • Seeloknya pakai kanta mata 30 minit sebelum bersolek agar ia melindungi mata daripada habuk-habuk halus pembayang mata terutama untuk mata jenis sensitif serta mengelak mekap mata daripada comot.
  • Pilih kanta mata lekap rona sesuai kulit wanita Asia seperti coklat semulajadi.

  • Untuk mengemas alis kening, sapukan krim Makeup Forever menggunakan ‘spatula’ agar kening nampak kemas, bersih. Ini disebabkan ia mampu membentuk alis kening, sambil menutup bulu kening yang tidak dikehendaki tanpa perlu mencabutnya.

  • Untuk solekan mata yang kemas, sapu krim ‘primer’ dahulu sebagai asas solekan, menutup kecacatan seperti parut dan sebagai pelindung kulit mata daripada tindak-balas bahan kimia alat-solek. Primer mata juga menyerlahkan solekan mata.

  • Terdapat dua warna gam bulu mata palsu iaitu putih dan hitam. Gam hitam juga boleh digunakan sebagai penggaris tepi mata kerana ia mudah ditanggalkan.
  • Untuk mengatasi masalah mata sembab sambil menyerlahkan mata anda, kisar tomato masak dan tepekkan atas mata, biarkan selama beberapa minit. Selang-selikan teknik ini dengan kisaran timun agar mata anda kelihatan sihat, segar lagi berseri.
  • Bagi menyolek mata kecil, guna teknik solekan ‘half smoky’ yang bermakna solekan mata gelap paras soket mata. Sementara ‘Full smoky eyes’ pula bererti solekan gelap tidak melebihi paras lekuk bawah kening.

 

Categories: Cantik & Sihat